JOM KLIK SINI..

SUPPORT THIS TALENT . MADE IN MALAYSIA 100%

SUPPORT THIS TALENT . MADE IN MALAYSIA 100%
SISSY IMANN . THE MUSIC MAKER . NI LA PENYANYI LAGU MUNGKIN KAMU (OST EKSPERIMEN CINTA) YANG DEKAT TV3 TU .

CLICK ME

Wednesday 26 August 2015

Sissy Imann tercalon di #APM2015 Anugerah Planet Muzik


Tahniah diucapkan kepada penyanyi dari Malaysia iaitu Sissy Imann kerana tercalon bagi kategori Artis Baru Terbaik (Wanita)


Dari segi populariti tidak dinafikan Elizabeth Tan lebih popular dan turut tercalon dalam kategori yang sama.


Tapi hari ni saya ingin berkongsi tentang Sissy Imann di mana penyanyi lagu Mungkin Kamu (ost Eksperimen Cinta) ini bukan saja boleh menyanyi, malah beliau seorang penulis lagu dan lirik yang hebat walaupun baru berusia 19 tahun ketika entry ini ditulis.





Sissy Imann baru saja pulang dari Bali utk menyertai BICF2015 dan menang 3 Gold Medal kategori VOKAL berkumpulan. Ini bermaksud vokal beliau diiktiraf di peringkat Antarabangsa. Ramai orang tak tahu hidden talent dia ni..


Selain aktif dgn koir kebangsaan, beliau turut aktif sebagai pemain keyboard dan piano dan baru2 ini beliau lead 10 song di showcase Fynn Jamal . Dia lah yg paling muda yg mengiringi Fynn Jamal di showcase tersebut. 


Antara pemuzik lain yg terlibat ialah AG Coco (producer yg tidak asing lagi) serta The Koboi yg terbukti pemuzik yang ada kelas tersendiri di Malaysia.




Kalau nak tahu, lagu Mungkin Kamu tu dia yang tulis sendiri liriknya ketika berusia 16 tahun.  Kemudian disusun semula lagu oleh AG Coco. Memantapkan lagi lagu tersebut dan mmg sedap! 






Skang Sissy Imann muncul dgn single terbaru iaitu "Entah Apa Rasa" yang telah pun dimainkan di corong radio. Malam tadi lagu itu menjuari carta Track 8 HotFMZon di radio no 1 Malaysia. 



Jika berminat untuk mengetahui perkembangan beliau. Boleh follow Twitter dan Instagram @sissyimann 


Dekat situ korang boleh tgk bagaimana penyanyi ini dengan kehidupannya dengan keyboard, gitar dan sebagainya.. Dalam masa yg sama sebagai pelajar yg cemerlang di IPG Kampus Ilmu Khas..dalam bidang pendidikan muzik. 



Lupa nak beritahu yang Sissy Imann sgt berbakat bermain bermacam2 alat muzik. Penyanyi biasanya tahu main satu atau dua alat muzik. Tp sissy imann boleh main biola, bass, piano, percussion dan banyak lagi. Super talented.


Bayangkan umur dia baru 19 skarang dah berbakat mcm tu... Sissy Imann the promising music maker!!!! 


No comments: