JOM KLIK SINI..

SUPPORT THIS TALENT . MADE IN MALAYSIA 100%

SUPPORT THIS TALENT . MADE IN MALAYSIA 100%
SISSY IMANN . THE MUSIC MAKER . NI LA PENYANYI LAGU MUNGKIN KAMU (OST EKSPERIMEN CINTA) YANG DEKAT TV3 TU .

CLICK ME

Wednesday, 19 April 2017

Too Much Ego Will Kill Your Talent


.......
Someone pernah berkata pada aku..
Jaga imej ni susah..
Imej kalau dah elok..Jaga baik2

Dia kata lagi..
Banyak artis kat luar sana
Berbakat. Tp pembawakan di laman sosial
tak menunjukkan yang mereka "mahal"
Artis muda2 bersepah dkt Malaysia
Tp yg betul2 menjaga atau pandai jaga diri
tak ramai..

Mereka mungkin lupa
Yang banyak mata memerhati..
Organizer.. org station tv..
Strangers yang mungkin nak jadi fans atau sebaliknya..


Kawan aku seorang DJ Radio
Dia pernah bertanya..Dalam nada sinis bila tgk gambar
Seorang artis muda berbakat.. yg kerap bersama seorg lelaki..
Artis tu pada aku, dia memiliki apa yg artis lain tak ada..
Dia ada kelas yg tersendiri...

So bila kawan aku ni berkata,

"Artis kau minat ni xde keje ke kerap keluar dating?"

"Bukan kau cakap dia bagus ke...?" Katanya lagi




Nampak x dari situ.. org dah mula hilang respect
Penat jaga imej bersih sebelum2 ni..
Hanya dgn beberapa keping gambar
dah mampu buat org hilang respect sekelip mata



Nak post gambar pun x berfikir panjang
Ikut suka je.. ikut seronok je.. maklumlah org muda
Darah muda.. lebih2 yang kerap upload gambar
 dgn partner masing.. nak show off..

Mmg la ramai org komen "sweetnya... bla bla bla"
((Artis lagi la suka kot bila kena puji mcm tu))

Mana lagi best?
Nak org puji bakat.. atau puji kecantikan
 atau puji sweet couple di laman sosial?



Walaupun itu hak mereka.. kita x bleh nak ckp lebih2..
Hanya dpt perhatikan dan bermonolog sendiri
"Knapa artis ni jd mcm ni setelah menemui cinta?"
Oh mungkin mereka ni x berniat utk serius dlm industri ni...
Jd mereka x menjaga benda2 mcm ni
Menyanyi dan menulis lagu bukan lagi priority agaknya..
Ini terjadi pada artis baru yg masih muda je
yg pada aku belum cukup matang
dan hanya mengejar keseronokan yang sementara.



Mmg la nak jadi diri sendiri tu bagus
Tp kalau kita baru nak menapak.. aku kurang bersetuju..
Lainlah kalau mereka dah ada nama besar dlm industri
Dah achieve semua benda .. dah capai tahap terbaik dlm kerjaya..
Nak post apa2 pun xde siapa kisah.. serius



Mcm Yuna.. dia dah achieve something big dlm karier dia
So dia nak kawen ke.. nak upload gambar Adam xde sapa kisah..
jadi artis kat Malaysia ni kalau dah kawen terus off market.
And aku pun rasa mcm tu. Ramai.. yg dah kawen terus lupa
Cita2 yg dah sekian lama mereka usahakan!!
Jd sementara masih muda dan belum ada komitmen pada suami/isteri
Kejarlah cita2.. sebab nanti kalau dah kawen.. dah susah
nak buat semua benda2 yg gempak2..



Aku bg contoh ... korang tgk IG L E A  I S M A I L
Aku rasa IG dia seronok utk di scroll
Sebab mostly pasal keje...
Dari situ kita boleh rasa yang
dia betul2 keje kuat dalam bidang ni..
Kita yang tgk ni pun boleh rasa yg dia ada misi
yang dia nak capai...E r n i e Z a k r i pun sama.


Berbanding artis muda yang lain
Yang banyak upload gambar selfie..
Gambar dating..gambar makanan dan mcm2 lagi
la ... sayang bakat.. Bakat dah besar dah Allah bagi
Tp tak digunakan dengan sebaik2nya..
Benda lain pula yg lebih ditonjolkan berbanding bakat



Come on.. nak dptkan respect org ni x la senang sgt
Tapi,
Tunjuk lah kesungguhan bekerja..
Tonjolkan bakat yang mereka ada
Mcm Hael.. rajin cover lagu
Ariz Lufiaz yg semakin kerap main piano..

Seandainya takde job sekalipun
Buat la collaboration dgn artis lain
Utk tatapan fans..
Sekurang2nya mereka tak menanti begitu lama..


Itu dah cukup buat ramai org respect pada mereka..
Dan station radio gemar highlight artis2 yg selalu buat cover ni..



Minta maaf kalau apa yg aku cakap ni salah
Aku berkata berdasarkan fakta
dan pemerhatian..
Dan aku pun bergaul dgn blogger2 hiburan
Walaupun tak ramai.. tp cukup berpengalaman
dan mereka tahu artis macam mana yang akan bertahan
lama dlm industri..




Tuesday, 18 April 2017

Paling banyak simpan..



Aku..
Paling banyak simpan
.. simpan rasa..

Entah... asyik nak simpan je
Kalau diluahkan belum tentu org boleh terima.


Zaman skrg tak ramai yg boleh terima
teguran membina dgn hati terbuka..

Dunia skarang penuh dgn org2 selfish
Yang hanya peduli perasaan dia sendiri
tanpa peduli perasaan org lain..



Mungkin sebab pemikiran aku terlalu kedepan.
Dan hanya org2 tertentu akan faham...tak apa la..






Hidup Ibarat Roda

Semalam mungkin kita di atas
Hari ni tidak lagi..

Hari ni mungkin kita penting utk orang
Tp esok mungkin tidak lagi

Inilah kitaran kehidupan yang paling menyakitkan
Yg terpaksa kita hadapi dgn tenang..
Walaupun sbnrnya.. kita akan rasa seperti
Dunia ini tidak pernah ada keadilan utk orang yang telah banyak
melakukan pengorbanan utk orang lain..



Aku Memilih Untuk Diam...

Pernah tak korang rasa seperti diperli..
dikritik tetapi secara halus.. dan korang terpaksa
dengar dan buat2 seperti x dengar..


Bila effort dipertikaikan..

Aku jenis x suka nak heboh2 apa aku buat . Tak kira la besar atau kecik
Effort tu.. sebab aku nak buat dgn seikhlas hati..


Bila ada orang bermegah diri .. aku diam..
hanya mampu diam.. dan dgr..


Agaknya kalau aku cerita
Apa aku dah buat dari awal sampai ke hari ini..
Semua orang pun mungkin terkejut
atau mungkin akan nangis ..


Tp bukan aku jenis yg suka nak heboh2
Biar lah orang tak nampak apa kita buat..
Tp Allah nampak dan sentiasa ada..


Kita cakap benda betul.
Tp org tak boleh terima kenyataan..
Tetap dgn keegoan masing2
Sikit pun tak nak kalah.
Nak pendapat dia je betul..


Tak apa la..







Hurm...

kita perlukan org yang sentiasa beri kita semangat. bukan buat kita down & letakkan salah kepada kita 100%. tak. kita tak perlukan orang macam tu..

kita dah rasa cukup dengan orang sekeliling kita yang kononnya sangat neutral? tak tak. manusia boleh berubah persepsi bila bila masa je..


kita rasa dah cukup percaya dengan orang yang baru kita kenal dan kononnya dia menyokong kita? tak tak. manusia boleh berpura pura untuk itu

Tak Semua Orang Boleh....

tak semua orang boleh positif sepanjang masa. tetapi positif itulah yang paling penting untuk terus kehadapan. ya, negatif itu juga perlu tapi tidak keterlaluan sehingga menyebabkan nilai positif itu mati

mengapa kita perlu positif? kerana kita bukan hidup dalam ilusi. dalam dunia realiti yang sebenar, kita perlu belajar, kita perlu bekerja, kita perlu mencari duit, kita perlu berusaha. jika kita tidak lakukan semua perkara tersebut bagaimana kita nak hidup? siapa nak sediakan makan pakai kita? tempat untuk berteduh dari hujan dan panas siapa yang perlu bina? kalau tidak diri kita siapa lagi

ada yang saya melihat sendiri mereka berputus asa untuk hidup, rela hidup dalam kegelapan. kadangkala ya, melayan perasaan itu boleh menbuatkan kita mati dan tak mahu hidup

oleh kerana apabila sampai rasa sebegitu, kembali kepada realiti

hidup tak semudah itu untuk menyeksa diri dan merana dalam keadaan yang begitu lama

Saturday, 15 April 2017

PERSEMBAHAN MANTAP SISSY IMANN DI MALAM KEMUNCAK ANUGERAH DFKL2017



Anugerah DFKL2017 baru sahaja melabuhkan tirainya pada 9 April 2017 yang lalu dengan penuh gillang gemilang dan mencatat lebih 5juta tontonan. 

Kali ini aku berkesempatan lagi untuk menyaksikan anugerah yg cukup berprestij ini SEKALI LAGI.. secara LIVE di mana acara ini telah berlangsung di PICC, Putrajaya . 

Of course la aku datang untuk tengok singer songwriter favourite aku iaitu Sissy Imann yang turut membuat persembahan pada malam itu. Beliau yang turut tercalon bagi kategori lagu tema pilihan telah berjaya membuat persembahan dengan amat baik sekali. Respect la..!!!

Datang dari Sarawak kot semata2 nak tgk Sissy Imann ni perform! Aku rasa berbaloi. Sebabnya aku dah lama menunggu peluang nak tgk dia perform LIVE dgn dancers lagi.. sumpah meletop!! 







Legend in the making kot dia ni.. ada aura... hope SISSY IMANN akan mengekalkan momentumnya sebagai antara penyanyi muda Malaysia yang memiliki vokal yang unik dan sangat buat kita rasa goosebumps bila dengar dia nyanyi.


Untuk siapa yang tak tahu. Sissy Imann merupakan seorang singer songwriter yg berbakat. Seawal usia 16 tahun beliau telah mula menulis lagu. Korang boleh search lagu MUNGKIN KAMU . DFKL2016 lagu tu menang kategori OST PILIHAN ... mmg best semua lagu ciptaan Sissy Imann sebab mmg lain dari lagu2 yang ada dalam pasaran!! 

Beliau juga merupakan salah seorang ahli Koir Kebangsaan Malaysia dan merupakan antara pelajar cemerlang jurusan Pendidikan Muzik di IPG Kampus Ilmu Khas . 7 semester berturut2 dapat Anugerah Dekan . Power!

Utk pengetahuan korang lagi.. Sissy Imann juga merupakan seorang host. Sgt berbakat dan aku teruja kalau cerita pasal dia ...






Apa2 pun ... sumpah tak boleh move on tgk Sissy Imann perform masa malam DFKL2017 tu.. Walaupun banyak artis lain yg turut perform malam tu. Aku tetap rasa Sissy Imann paling best. Sebab dia rare kot!


Daripada tgk produk dah siap yg bersifat sementara.. aku lebih suka mencari permata disebalik batu.  Sissy Imann la permata tu. Support local . 
























For more info pasal Sissy Imann korang boleh google je sosial media dia
IG twitter Facebook (@sissyimann)  atau Official fc (@cyntahatisissyimannofficial) 


SUPPORT ARTIS MALAYSIA YANG BERBAKAT DAN BERKUALITI SAHAJA 






Thursday, 2 March 2017

Saturday, 31 December 2016

The Best Thing About Twitter :)



Twitter celebrate birthday aku dgn meriah sekali... ada belon2 bagai :)

Thanks twitter!! Its my birthday
31 Dec !

Bye 2016 and welcome 2017
Ungkapan yg biasa aku ungkapkan setiap kali tiba birthday aku


Thursday, 8 December 2016

DFKL2017 Drama Festival Kuala Lumpur 2017 #CeritaKita




Wah.. DFKL2017 akan kembali lagi . 
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 akan diadakan secara langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC). Anugerah gilang gemilang ini akan menemui penonton pada 9 April 2017, Ahad jam 9 malam di TV3.

Tahun lepas aku berpeluang untuk menonton secara LIVE acara gilang gemilang ini dan artis yang aku minati telah merangkul salah satu anugerah kategori Ost/Lagu Pilihan menerusi lagu MUNGKIN KAMU yang merupakan Ost drama Eksperimen Cinta terbitan Zeel Production . Siapa lagi kalau bukan penyanyi yang berbakat besar, singer songwriter yang berbakat iaitu Sissy Imann.

Hope DFKL2017 ada lagi pencalonan utk dia menerusi lagu KELIRU yang menjadi OST drama Menantu Tingtong . Sissy Imann ni mmg berbakat tulis lagu. Bagi je skrip dekat dia.. dia boleh hasilkan lagu yang bagus mengikut kehendak producer.

Bebaru ni Sissy Imann ada hasilkan OST bertajuk "Hidup" utk sebuah special project Short Film "Bittersweet" yang akan dipertandingkan di luar negara. Lagu HIDUP tu mmg best... Anda boleh google atau tgk dkt YOUTUBE.. terserlah kualiti lagu tu..





Saturday, 12 November 2016

Senarai lagu untuk FINAL AJL31 MuzikMuzik (Anugerah Juara Lagu)

Lagu Layak Ke Final AJL31 
  1. Lelaki Teragung : Dayang Nurfaizah
  2. Terakhir : Sufian Suhaimi
  3. Sudah Ku Tahu : Projector Band
  4. Selamanya Cinta : Alif Satar & Shila Amzah
  5. Terimaku Seadanya : Misha Omar & Hafiz Suip
  6. Ku Rela Dibenci : Aiman Tino
  7. Di Amaran Mama : Hazama & The Penglipur Lara
  8. Obses : Akim & The Majistret
  9. Setia : Elizabeth Tan Feat Faizal Tahir
  10. Kalah Dalam Menang : Syamsul Yusof & Mawi
  11. Hang Pi Mana : Khalifah Anugerah Terindah : Black

Monday, 7 November 2016

ANUGERAH SKRIN 2016 - Malam Bersama Bintang .





Baru-baru ni , aku ada tonton secara LIVE di facebook TV3 sebuah majlis makan malam sempena meraikan dan memperkenalkan drama2 serta filem yang tercalon utk Anugerah Skrin 2016.


Paling awesome bila menyaksikan persembahan mantap dari Sissy Imann yang menyampaikan 2 buah lagu pada malam itu iaitu Mungkin Kamu dan Keliru. Kedua2 lagu ini merupakan ciptaan asal penyanyi ini sendiri yang turut merupakan lagu tema drama Eksperimen Cinta dan Menantu Tingtong.


Apa yg aku ingin katakan di sini ialah, persembahan penyanyi itu sangat bagus. Vokal yang mantap padahal kedua2
lagu itu lagu yang agak rancak!! Penyanyi mcm ni la bagus.. pandai buat lagu, pandai main instrumen muzik dan dia ni mula menulis lagu pada usia 16 tahun. 


Artis macam ni baru la gempak. Nyanyi live sedap!! X mcm sesetengah artis tu.. lagu kemain meletop kat radio tapi bila perform, hancussss nokk .. sorry to say.. Sissy Imann terbaik!!!



Aku rasa kalau producer kat Malaysia ni nak lagu ost yang jenis rancak, panggil je la Sissy Imann ni buat. Lagu dia best dowh.. 

Gambar sumber: Instagram @sissyimann



Gambar sumber : Instagram @sissyimann 

Friday, 4 November 2016

SISSY IMANN PENGACARA PROGRAM "JOM SINGGAH SAT" DI APLIKASI JOOX




Penyanyi , penulis lirik dan komposer berbakat, Sissy Imann melangkah setapak lagi dalam bidang pengacaraan apabila baru-baru ini beliau terpilih untuk mengacarakan sebuah rancangan TALK SHOW "JOM SINGGAH SAT" yang boleh ditonton secara live streaming di aplikasi JOOX

Program 12 episod itu akan menampulkan Atoi Tohet sebagai pasangan pengacara kepada Sissy Imann dan setiap minggu mereka turut menjemput artis-artis popular untuk bercerita perkembangan aktiviti seni serta akustika secara live.

Episod pertama yang bermula awal November lalu menunjukkan penyanyi itu sangat bersahaja walaupun baru pertama kali menceburi bidang ini. Moga beliau terus sukses kerana sememangnya beliau memiliki kemahiran komunikasi yang sangat baik dan dapat mengembangkan lagi karier nya dalam industri hiburan Malaysia.


Awesome kot dia!! Respect, Artis serba boleh 












Wednesday, 2 November 2016

Sissy Imann - Hidup (Ost Bittersweet) Lirik

Lagu ni ditujukan buat anak2 yg sedang rindu akan ibunya. Lagu ni sesuai utk ibu, ayah.. dan ahli keluarga tercentaaa.. nanti kalau hari ibu ke.. hari bapa, korang boleh bagi dorang dengar k..



HIDUP - Sissy Imann
Lagu/Lirik: Sissy Imann (tererr dia ni buat lagu) 



Tersedar ku dari angan,

Aku hidup berseorangan,

Walau riuh bergendangan,

Ku sendirian.

.

Namun jika ku guna mata,

Mata hati utamanya,

Kau ada,

Walau kadang tak kelihatan.

.

Maka,

Jangan tinggalkan diriku kerna,

.

Saat jatuh bangun engkau ada,

Walau kita tak bisa bersua,

Namun ada,

Engkau tetap hidup.

.

Kala sunyi sepi aku buntu,

Ke mana arah hendak ku tuju,

Namun ada,

Engkau tetap hidup.

.

Kau umpama bunga yang mekar,

Umpama bulan yang terang,

Sentuhan selembut bayu,

Aku rindu.

.

Maka,

Jangan tinggalkan diriku kerna,

.

Saat jatuh bangun engkau ada,

Walau kita tak bisa bersua,

Namun ada,

Engkau tetap hidup.

.

Kala sunyi sepi aku buntu,

Ke mana arah hendak ku tuju,

Namun ada,

Engkau tetap hidup.

.

Dalam terang,

Dalam duka,

Dalam ribut,

Dalam hati.

[LAGU BEST] : SISSY IMANN - HIDUP (OST BITTERSWEET)



Lagu terbaru di penghujung tahun 2016 ni aku suggest lagu HIDUP nyanyian SISSY IMANN
Seriously lagu ni best. Sebabnya ia berkisar tentang seorang anak yang rindukan kasih sayan seorang ibu. 


Kiranya lagu ni kalau jadi lagu utk Kem Motivasi pun best.
Masa Kem Pengawas pun boleh. Liriknya sgt dalam
buat kita rindu pada ibu kita khususnya bila berjauhan



Kalau masa hari ibu, korang bagi la lagu ni kat emak korang..
tgk dia terharu ke tak.. lirik dia deep sangat.



Kredit utk Sissy Imann kerana menghasilkan lagu dan lirik 
lagu ini. 200% awesome song!! 






Tuesday, 1 November 2016

SISSY IMANN : CYNTAHATI SECRET PARTY 22 OKTOBER 2016 . Sepraisss!!!!!!



Akhirnya apa yang aku rancangkan beberapa bulan lalu berjalan dengan lancar. Alhamdulillah ..bulan 7 kot aku dan Kekwa plan ni..
terus aku beli tiket flight. All the way from Sarawak utk buat seprais utk artis kesayangan. Siapa lagi kalau bukan Sissy Imann .


Aku tak buat kalau aku tak mampu... itu je aku nak cakap. Mana la tahu korang akan kata aku membazir dan buang masa semata2 nak meraikan artis kesayangan.. hahaha.. no lah! aku tahu apa aku buat.. so pls jgn question ok..lagipun Sissy Imann deserve utk diraikan . dia adorable.. super talented ok.. korang je tak tau apa kelebihan yang dia ada.. so sila google dan nikmati sendiri MUZIK dia :)


KRONOLOGI :

First sekali, of course survey tempat. Aku suka tempat yang ala garden.. ada bunga.. and english style. Google punya google, aku jumpa orang buat review pasal restauran FLORA KAFE yang bertempat di Ampwalk, Ampang. Good review, and aku malas nak cari tempat lain lagi and memang FLORA KAFE memenuhi kriteria yang aku nak. 





Aku terus contact Encik Mell menerusi whatsapps yang tertera pada Facebook dan Instagram Flora Kafe ( IG : @florakafe ) untuk mendapatkan quotation .. and membuat tempahan. Excited uols... padahal lagi 2 bulan lebih.. Aku dpt quotation.. Tapi Encik Mell kata.. "u boleh buat tempahan 22 september k" ...


aku pun mark calender .. aku akan book tempat tu 22 sept



Second aku pun discuss dalam group... tanya la sapa nak pegi.. ramai nak join.. and aku pun plan invite beberapa artis yang rapat dengan Sissy Imann.. and finally... Ippo Hafiz and Zack Merican yang join.. Fans plak.. its ok.. mana yang ada tu kira hebat la sebab hadir... Yang tetiba tak dpt datang tu.. takpe.. faham.... Anyway aku nak ucapkan TAHNIAH dan aku bangga pada fans yang datang.. Actually fans Sissy Imann ni jauh2 semua... takpe slowly.. lama2 nanti ada lagi tu :)


Kemudian kami discuss pasal hadiah , cake.. and semua2 la... and kami decide nak bagi gambar foto kanvas. Aku pun cari la gambar.,, and finally aku pilih gambar yang photoshoot Pesona Pengantin tu.. gambar tu cantik and sumpah awesome..










Aku cari la IG... yang boleh tempah foto kanvas . akhirnya jumpa... dia boleh buat cantik2.. risau jugak takut gambar tu pixel dia pecah. Beberapa kali tukar gambar . And mujur scanner aku ni berkualiti. Boleh scan dengan resolution yang terbaik and orang yang print ni pun bukan sebarang orang... dia tahu cemana nak buat supaya tak pecah pixel,, Alhamdulillah.. settle hadiah :)  Harga pun ok dengan kualiti print dia :)  ( korang boleh cari IG : @byfotokanvas ) 


Aku mintak dia hantar gambar tu dkt Yana and Diha. So ..nanti Yana amik dari dia je senang.. tak kan nak pos ke Sarawak plak kan.. hehe So, aku datang KL nanti, Yana just bawak ke hotel je :) Thanks korang :)


TERIMA KASIH ENCIK FAIZ ZAINI kerana menghasilkan foto kanvas yang cantik ini dan sangat kemas... :) 



KETIGA ... lepas settle hadiah dan tempat. Aku kena settle kan pasal cake dan bunga. Cake ni Encik Mell (suggest dkt Secret Recipee) berdepan je dgn Flora Kafe. Tp aku fikir, dah biasa makan kek Secret Recipee ni.. 

last2 aku tanya Syahmi and mintak dia cari tempat nak order kek.

"Syahmi, kek Bittersweet hari tu mcm cantik je.. order kat mana?" 

" Order dari kakak Izzat" kata syahmi

"Kita order dari kakak Izzat je la.." ujar ku

"Boleh jugak mcm tu . Nanti saya tanya Izzat.. " kata Syahmi .

"Nak request buatkan mcm bentuk piano boleh tak and order 2 kek... tanyakan harga sekali ye..." kataku.. teruja dengan harapan dapat la kek berbentuk piano tu.. Sebab Sissy Imann kan suka piano :)

Bincang punya bincang... akhirnya dpt kek tu.. cantikkkk.... yayyy.. Sissy Imann mesti suka kalau tgk kek tu nanti :) . Tq Syahmi and Izzat .





Sungguh... aku sangat berpuas hati dengan kek ni..... dah la sedap... korang nak order kek yg sedap boleh cari dkg IG ni @theflour.co



Bila kek, hadiah semua dah settle... aku  fikirkan pasal bunga and kad pulak. Kad tu multipurpose. Aku nak fans yang datang at least ada something dorang bawak balik. Jadi aku plan nak buat card and bagi bunga satu kat tetamu nanti :) and bunga jugak utk Sissy Imann


Thanks Azizi Iskandar sudi belanja bunga utk Cyntahati... :)  Aku tak mintak taw... dia sendiri offer .. memula dia nak sponsor Cake.. tp aku kata kitorang dah ada 2 cake.. :) Sebab dia tak dpt dtg.. dia belanja bunga.. Aku pun order bunga dari Kedai Bunga Aleeya yang akan deliver bunga tu pada 22 Oct di Flora Kafe...


Bunga ni aku request jugak nak tema color apa.. aku nak color hitam and gold.. dan fresh flower... :) dan 30 kuntum bunga secara satu2 utk fans :)








KAD . cakap pasal kad.. aku teruja dan excited nak cerita pasal kad ni... kad ni aku design. Aku seorang designer sebenarnya. Dalam banyak hasil kerja aku, yang ini aku rasa aku paling puas dan aku betul2 suka. Pertama sekali, aku design. Yang keduanya ia di print kan dan sebagai tanda ingatan. 



Kad ni aku print dari printing shop di Terengganu ( tak ada IG) yang penting sekali, dia boleh print dengan cepat dan dalam kuantiti yang sedikit. Selalunya nak print card ..orang mesti nak minimum at least 100 pieces. Kalau kat Miri ni... aku tak jumpa pun printing shop yang boleh print kurang dari 100 ni... maka terpaksa.. cari printing shop yang jauh2.. aku tak kisah.. asalkan kad aku siap dan dia boleh print cepat.... Aku tempah 50 keping je.. 30 utk tetamu dan yang selebihnya utk fans yang ada dalam group.


Aku harap Sissy Imann suka kad yang aku buat ni.. :) Kad ni dia akan sign nanti :) It can be like buku program.. dan boleh jadi kad autograph utk fans.. mcm aku kata tadi.. multipurpose ... :) hehe..



Sumpah.. ini karya terbaik aku seumur hidup.. :) Aku bangga dengan hasilnya :))
















Lebih terharu bila kad tu akhirnya ditandatangani oleh artis kesayanganku tak lain tak bukan beliau yang sgt berbakat , Sissy Imann .. super talented singer songwriter. 




Sebelum majlis bermula, kami semua yang dtg pun siap sign ramai2 dekat sekeping kad ni yang diserahkan pada Sissy Imann kemudiannya :) ..... hope Sissy simpan kad tu sampai bila...fans kot yang sign ramai2... :)


KEEMPAT  tibanya hari dinantikan.  Walaupun aku sedikit kecewa bila sesetengah fans yang last minute tak dpt datang padahal aku dah simpan tempat utk dorang. Tapi tak apa la.. misi sulit ini perlu diteruskan. Mana yang datang tu korang adalah yang terbaik... TAHNIAH!!  :))



Pakatan dengan Yahnda dan Bonda (Parents Sissy) akhirnya membuahkan hasil. Sepraisnya bermula apabila Sissy Imann telah terlebih awal diberitahu bahawa pada 22 Oktober beliau perlu membuat persembahan di sebuah hotel. Yhnda dgn Bonda pun bawa la Sissy ke hotel tu.. malangnya tiada show di situ.


Lakonan dalam kereta bila yhnda buat2 marah dan bonda menangis pun sgt ohsem.. mmg curlassssssssssssssss uols lakonan bonda. Nampak real kan? heheheh dan akhinnya yhnda ajak Sissy Imann pegi makan di sebuah restauran.



Setibanya di Flora Kafe, jurufoto kami telah siap sedia utk menangkap gambar. Sissy Imann mmg terkejut habis. Memang tak sangka, Dia ingatkan ada majlis orang lain dkt situ.. ada belon2.. ada bunga2 mewah terhias. Flora cafe mmg cantik..



Setibanya di depan restauran.. kami semua dah siap sedia nak jerit.. Sepraissssssssssssssss...!! dan nyanyian lagu Happy Birthday pun dinyanyikan dalam keadaan Sissy Imann masih terkejut.Aku rasa masa ni dia tak nampak aku pun lagi..


sampai satu saat, aku keluar dah bagi bunga tu. hahaha menjerit Sissy Imann ... hahah.. kami pun berpelukan dan Sissy Imann masuk ke dalam untuk memotong kek harijadinya yang ke21 tahun serta ulang tahun Cyntahati yang pertama . :)






Sissy Imann ... nampak terkejut di situ. 























Lepas tiup lilin and potong kek, Sissy Imann diminta untuk buat ucapan. Nangis dia masa buat ucapan tu.. terharu.. dan kami yang mendengarnya pun turut merasa sebak. Aku nak nangis.. tapi, tahan.. sobs.. sebab aku tahu perjalanan dia dalam industri ni bukan mudah.... Takpe Sissy, kak sue akan sentiasa ada di belakang Sissy. :( 

Ini dia video. Hope korang boleh tgk. If tak boleh, sila bukak blog ni dengan laptop .. atau korang boleh search dkt youtube.. Tajuk Video "SISSY IMANN - Kejutan Ulang Tahun Ke 21 di Flora Kafe"






































 



One of impian aku iaitu nak tgk LIVE  Sissy Imann perform akustika akhirnya tercapai apabila pada majlis ini, Sissy perform dengan guitar 2 buah lagu iaitu Mungkin Kamu dan House Of The Rising Star.  Sedap gila suara Sissy Imann nyanyi akustik. So organizer kat luar sana kalau nak panggil artis perform akustika, and suara sedap... korang patut panggil Sissy Imann . sumpah best. Antara artis yang nyanyi live sangat sedap!!!!


Dan pada majlis itu Ippo Hafiz dan Zack Merican turut menyampaikan lagu secara akustik. Zack dengan lagu Belaian Jiwa dan Ippo dengan lagu Kekal Bahagia. Memang best gila. Ippo Hafiz tune gitar ada style! haha






















Itu la semua serba sedikit gambar majlis yang sederhana tp meriah. Turut dihadiri oleh Ippo Hafiz (atok sedara Sissy Imann) hehe dan Zack Merican, youtuber yang tidak asing lagi ... :) Wawan dari Sinar Harian/Media Hiburan pun ada.. tp takde gambar dia dlm ni :(


Anyway terima kasih banyak2 pada semua fans, family and selebriti yang hadir.. Maaf jika ada terlebih atau terkurang dari pihak saya mahupun Cyntahati Sissy Imann (FC)



Terima Kasih Flora Kafe.. makanan sedap. Tempat cantik.. 
Dan terima kasih utk Boy Hafizi photographer kami utk hari itu.





Terima kasih buat adik2 ku, yana , diha, izzat, syahmi, fad, mimi,  (walaupun tak dapat datang), Mimi, Atika,  Ayu, Hakeem, Amir Farhan ( Chakk) , Ariff, Syuhada, dan semua yang hadir , Wawan , Zack Merican dan rakan, serta Ippo Hafiz . Keluarga Sissy Imann, yhnda, bonda, Demy dan Erisyal . Tq semua.. moga kita berjumpa lagi :)


Juga buat Cyntahati Sissy Imann (Whatsapps Group) yang tak dpt datang tapi menyimpan rahsia ini dengan baik sehingga tarikh hari kejadian. korang mmg best... keep supporting ... 


Cyntahati Secret Party dah tak secret lagi ... :) and happy birthday Sissy Imann yang ke 21. You are the best... Moga terus sukses and never give up. Kak Sue support Sissy ... :) and InsyaAllah sentiasa ada di belakang ... :)








Terima kasih WAWAN kerana menulis dan memasukkan acara ini dalam akhbar SINAR HARIAN bertarikh 31 Oktober 2016 . 













Di bawah ni pula catatan Sissy Imann di laman instagramnya yang cukup buat kami terharu ... :(












Aku bukanlah siapa2... ramai yang puji2 aku bagai.. tp aku bukan manusia yang gila pujian semua tu... aku buat apa yang aku rasa aku patut buat... Aku la tu yang dimaksudkan dari Sarawak .. uhuks.. 


Semuanya berlaku dengan izin Allah.
Kami hanya merancang dan akulah ketuanya di situ
yang menempah.. dan memastikan semuanya ada.. dengan bantuan adik2ku yang aku sebutkan namanya di atas. 


selebihnya tetamu yang hadir... tanpa korang, mungkin majlis kami ini tak la semeriah itu sambutannya ....


aku bukan siapa2....
hanya seseorang yang mahu lihat Sissy Imann
happy dan terus melakar kejayaan
sesungguhnya she deserve this..
and dia sgt berbakat...


Korang kalau tak kenal dia siapa, silalah google background dia. Dia rare and berlainan dari artis lain yang seangkatan dengannya. 


Seorang singer, songwriter, composer,
keyboardist Fynn Jamal, Tri Hadzir,
One Of Koir Kebangsaan Malaysia,
dalam masa yang sama top student
yang mendapat Deans List 6 kali berturut2 di IPG
terbaru pengacara di Joox Live 
lagu2nya sering menjadi OST
dengarkan MUNGKIN KAMU dan KELIRU


Kalau tgk artis lain, mana ada yang mcm dia, yang menyanyi, yang main muzik utk artis lain..   yang tulis lagu, yang boleh main piano, gitar dan semua jenis alat muzik bertali dengan baik... Hanya ada satu di Malaysia yang mcm dia... Sissy Imann... the most promising music maker..




I LOVE YOU SISSY IMANN  :)
Moga terus sukses ... 









-------------------------



So, daripada entry ni... korang dpt banyak info. First kalau nak celebrate birthday or nak buat seprais and tak tahu tempat kat mana nak buat kalau kat KL, carilah FLORA KAFE. Restauran berkonsepkan flora , garden and english style dengan makanan kampung atau western. .korang pilih je nak apa...
Tapi set buffet tu hanya jika ada tetamu 30 ke atas. Tapi kalau tetamu kurang dari tu pun boleh order secara ala-carte :) Jangan risau k.. :)


2nd info. Nak beli hadiah apa untuk orang tersayang sempena ulang tahun?
Aku cadangkan.. belilah foto kanvas hehe 


Ketiga... nak lebih best lagi majlis korang, buat lah kad cantik2..
so, tetamu korang balik tak bawak tangan kosong ..
at least ada la something utk di simpan :)


Keempat.. buat aktiviti nyanyian secara akustik pada majlis korang. mesti best punya 
hehe