JOM KLIK SINI..

SUPPORT THIS TALENT . MADE IN MALAYSIA 100%

SUPPORT THIS TALENT . MADE IN MALAYSIA 100%
SISSY IMANN . THE MUSIC MAKER . NI LA PENYANYI LAGU MUNGKIN KAMU (OST EKSPERIMEN CINTA) YANG DEKAT TV3 TU .

CLICK ME

Thursday 26 July 2018

BIG STAGE PROGRAM REALITI TERBARU ASTRO DOMINASI BBNU .- SISSY IMANN RARE!!










Bermula 5 Ogos 2018 mesti ramai dah tahu pasal program baru Astro ni
BIG STAGE yang dibarisi 10 bakat baru yang akan berentap secara live
setiap minggu.... 

Program ini akan di hos kan oleh pengacara sensasi Alif Satar dan 
Sherry Al-Hadad. Sementara juri tetap pula disandang dua 
penyanyi dan ikon tersohor di Malaysia iaitu Dato Siti Nurhaliza dan
Faizal Tahir. Memang meletop la,,,!!


Peserta favourite aku untuk program ini of course Sissy Imann










Sissy Imann paling rare lah dalam rancangan ni 
Sebabnya dia bukan sekadar penyanyi. Tapi dia juga
singer songwriter and dah mula tulis lagu pada usia 16 tahun
dan lagu ciptaan dia yg pertama tu Mungkin Kamu pernah menang award
Selain lagu tu, lagu ciptaannya yang lain pun rare,,
Boleh cuba search KELIRU, HIDUP, JATUH dan 
JANGAN KAU JAUH (Yang dicipta untuk penyanyi lain)



Untuk pengetahuan yang tak tahu siapa Sissy Imann ni..
pada tahun 2015 dia tercalon bagi kategori
Penyanyi baru wanita terbaik di Anugerah Planet Muzik pada tahun itu
Sebaris dengan nama-nama besar dari seberang seperti Isyana Sarasvati
Elizabeth Tan pun tercalon pada waktu itu 



Selain dari tu. Sissy Imann juga salah seorang anggota
Koir Kebangsaan Malaysia di bawah pimpinan Syafinaz Selamat
Dan pernah memenangi 3 Gold Medal Vocal Category..
Amazing gila...


Bukan sekadar menyanyi.. malah beliau juga mengiringi persembahan
Hael Husaini pada AJL tahun lalu yang membawa kemenangan pada lagu
Jampi menerusi alunan piano yang cukup memukau....
Alicia Keys Malaysia laa kiranya.. sebab dia paling power
kalau main piano.. so far,,







Penuntut Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik ini 
mmg bukan calang2. sebab pencapaian akademik nya
sentiasa terbaik dengan mendapat Deans List 10 semester
berturut-turut....


Dia memang rare...
Korang tak akan menyesal support dia..
InsyaAllah... tak mengecewakan..


Moga Sissy Imann akan terus kekal dalam pertandingan ini
sehingga final... Malaysia perlukan penyanyi dan komposer
berbakat seperti dia,,, Rakyat Malaysia ni mohon buka minda
support yang benar2 berusaha dan berbakat dan tahu pasal muzik


Kita mahukan artis yang benar2 mahu berada dalam industri ini
bukan untuk setahun dua sahaja,,  Kita mahukan yang tahu pasal muzik
dan tahu hala tuju yang hendak dicapai untuk satu tempoh masa yang lama.
Seperti Faizal Tahir dan Dato Siti Nurhaliza... Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah




Apa2 pun rezeki di tangan Tuhan
kita hanya merancang, Apa yang aku boleh katakan,
Pilihlah artis yang bukan sekadar boleh menyanyi..
Tapi kebolehan menulis lagu dan bermain instrumen juga 
elemen penting yang harus dimiliki oleh seorang penyanyi