JOM KLIK SINI..

SUPPORT THIS TALENT . MADE IN MALAYSIA 100%

SUPPORT THIS TALENT . MADE IN MALAYSIA 100%
SISSY IMANN . THE MUSIC MAKER . NI LA PENYANYI LAGU MUNGKIN KAMU (OST EKSPERIMEN CINTA) YANG DEKAT TV3 TU .

CLICK ME

Saturday 22 August 2015

SUPER TALENTED SISSY IMANN ... I'm your fans now!!!! Berbakatnya awak!!




Bismillahirrahmanirrahim..






Hari ni aku nak tulis entry pasal Sissy Imann . Setelah lama kekeringan idea nak blog pasal apa.. ari ni jari menjerit lagi ingin meluahkan rasa kagum pada insan seni bernama SISSY IMANN MOHAMMAD KAMIL



Ketika entry ini ditulis (22 Ogos 2015) .. Sissy Imann ni masih 19 tahun lagi ok tak lama lagi 20 la umur dia.. :) Dan dia dah berada dalam industri ni dari tahun 2013 ketika  FMC sign dia . Aku ketinggalan sebenarnya sebab aku sepatutnya kenal dia dari awal. Maklumlah.. aku ni jarang dengar radio sangat and tak tahu perkembangan dunia hiburan ni.



Korang pernah dengar lagu MUNGKIN KAMU ? Ost Eksperimen Cinta yang Fahrin Ahmad berlakon dengan Izreen Azminda tu . Aku mula tengok cerita tu masa awal ramadan tahun ni (2015). Dari situ aku kenal Sissy Imann.. sebab lagu tema drama tu adalah nyanyian SISSY IMANN ....


parappapp paraa papppapaparaaaa ... lagu tu laa :) Kau Melihatku dari,, jauh.. mungkin anganku.. atau fantasiku.. (Cehhh nyanyi sikit)


Aku pun twit2 la.. aku tanya.. sapa nyanyi lagu ost Eksperimen Cinta ni? pastu kawan aku pun reply twit aku.. dia cakap SISSY IMANN yang nyanyi... siap mention SISSY IMANN terus masa tu. Ok .. aku pun follow twitter SISSY IMANN (@sissyimann) . Tak kisah la berapa followers dia.. tak la berpuluh-puluh ribu macam artis popular. Aku tak kire aku nak follow jugak..! Sebab aku suka suara dia. Unik dowhhh,....


Aku ni sebenarnya malas nak follow artis.. kecuali artis yang aku betul2 suka. Setakat ni yang aku follow ada dua je .. Sorang lagi biarlah rahsia :D .. so skarang aku betul2 admire dengan SISSY IMANN punya bakat .

 (Mohon pembaca terus baca sampai habis entry ni) 



Lepas tu tanpa disedari aku request lagu dia dekat HOT FM . Lantak la.. dimainkan ke tidak ke.. aku tetap nak request lagu tu. Sumpah best lagu MUNGKIN KAMU tu. Aku bukak youtube and download. Kalau nak tahu lagu tu dia buat sendiri tau. Bayangkan umur baru berapa dah pandai buat lagu.




Tu baru bakat menyanyi dan buat lagu. Lepas tu aku pun google lagi pasal dia. OK.. baru tahu yang dia ni budak Maktab :) IPGM Kampus Ilmu Khas.Opsyen Pendidikan Muzik.






Aku terus layan youtube .. semua lagu dia .. siap subscribe lagi.. Perghhh memang mantap lagu dia cover semua. Tu baru cover lagu orang. Lebih dahsyat lagi, dia ada buat lagu sendiri yang lain and memang sedap! Sumpah tak tipu. Korang search sendiri la dekat youtube. Mungkin tak la viewers ramai sgt sampai berjuta2.. tapi bagi aku lagu dia memang berkualiti dan sedap.




 




Aku ada upload beberapa dekat sini video dia. Selebihnya korang tengok sendiri dekat YOUTUBE ok.. kalau boleh semua aku nak share dekat sini sebab best sangat. Suara SISSY IMANN tu sumpah sangat klasik dan unik !!!!



MOHON JANGAN BORING ok.. TERUSKAN BACA.. SEBAB MASA AKU MENAIP NI AKU BETUL2 TERUJA. HOPE KORANG PUN TERUJA NAK BACA SAMPAI HABIS ..





Lepas tu kan.. lepas usha2 youtube. Tentulah cari dekat IG pulak... sama jugak mcm TWITTER .. kalau nak cari dia.. taip jer SISSYIMANN ... jumpa la :)







Lepas tu aku baru dapat tahu SISSY IMANN ni memang terror main piano, gitar dan macam-macam instrumen muzik yang lain. Respect dowh.. sebab aku tak berbakat macam tu. Aku ada gitar... aku ada ukulele. aku tahu main tapi kena tengok tutorial dulu. Tapi Sissy Imann ni sumpah berbakat.. Dia boleh baca not muzik. Of course la.. kalau tak.. tak kan la amik course Pendidikan Muzik ..





Dan aku dapat tahu SISSY IMANN ni la yang main piano untuk FYNN JAMAL masa dkt separuh akhir MUZIK-MUZIK 29 hari tu.. OMG..!! Berbakatnya SISSY IMANN.. Bukan setakat boleh nyanyi. Malah... bermain piano dan gitar! Sumpah aku sangat kagum!! Dah la teror buat lagu.. lagu pun sedap!!



Korang tengok dekat youtube. Dia ada main piano. ada main gitar masa buat cover lagu. Aku impress gila dengan orang berkebolehan macam SISSY IMANN ni..  (jom ikut aku jadi fans dia) 





Aku membuka langkah awal. Ingat nak buat FC.. tp macam dah ada.. dkt Instagram @cyntahatisissyimann.... so aku follow je.. hehe :)







dekat twitter pun ada.. korang boleh follow "@cyntahatisissy . Twitter ni baru lagi... baru tahun ni (2015 . Bulan Julai di create oleh aku.. sebagai admin)  tapi admin yang di approved oleh saudari SISSY IMANN sendiri setelah kami berkenalan di laman sosial :)  Macam mana perkenalan kami tu tak penting. Yang penting skarang aku fans dia.. aku boleh layan semua muzik dia main .. power uolss :))



Tujuannya adalah untuk support Sissy . Aku takde niat lain tau. Ikhlas dari hati .. rasa nak tolong setakat mana yang boleh (Jom korang.. kita tolong dia) Contohnya macam request2 lagu.. vote-vote lagu dia.. Itu aku boleh buat. Disebabkan jarak tak mengizinkan kami untuk bertemu, itu bukan penghalang. InsyaAllah suatu hari nanti kami jumpa la. Buat masa ni hanya berinteraksi di laman sosial ..



Baru sebulan.. ada 135 followers twitter tu.. Instagram aku tak tahu siapa admin dia. Macam dah lama tak update. Hope admin dia cepat2 update IG tu...


Not bad la... :) korang jom follow and support SISSY :)) Korang awesome kalau boleh layan lagu dia and tengok kebolehan dia main piano and gitar disamping vokal dia yang unik dan sedap:))   Serius dowh... tone suara dia lain dari yang lain. (MOHON TGK YOUTUBE )


Aku harap lepas korang baca ni.. korang cari la dia dekat TWITTER, FACEBOOK dan INSTAGRAM . Aku yakin korang tak akan menyesal mengenali dia :)  Dan jangan lupa follow skali CYNTA HATI SISSY IMANN di twitter dan instagram. Support ok. Kejayaan dia ditangan orang-orang yang AWESOME mcm korang. Korang yang singgah blog aku dan baca entry ni adalah insan terpilih yang mana hati korang telah tergerak untuk ke sini dan mengenali dia. Aku pasti korang pun rasa dia sangat berbakat!! kan?








Itu semua tak penting. Niat yang penting.
Yang penting bakat SISSY IMANN tu.. sumpah tak ada penyanyi muda dekat Malaysia ni yang macam dia.... kalau ada, cuba la korang sebutkan siapa....Maksud aku, yang boleh main piano, gitar, bass, violin (biola) , boleh compose lagu dan lirik ... Yang boleh ajar orang lain main piano . See.. tak rasa ke benda ni sgt EXTRA ORDINARY ...





Sissy Imann ni dia one of KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA kalau korang nak tahu. Patut la suara sedap. Bebaru ni dia dan team tu mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa di Bali dan dorang menang 3 Emas untuk Malaysia kategori vokal berkumpulan. Hebat kan dia .. Memang vokal dia best!!!!  MEWAKILI NEGARA ... omg..!! lagi la aku impress dengan bakat dia ..







Aku kali pertama dengar suara dia aku dah rasa.. unik sangat. Orang kata mcm YUNA . aku TAK RASA macam YUNA langsung. Mungkin mindset orang kot.. asal tgk pompuan main gitar... terus TIRU YUNA.. TAPI SISSY LAIN taww.. dia main gitar.. main piano.. and suara dan style dia ada STYLE SENDIRI .. :) Ubah la mindset awak2 tu kalau rasa dia mcm Yuna. Memang tak sama langsung :) Aku peminat YUNA, so aku tahu la memang tak sama .. :))


AG Coco pun kata Sissy ni dia lain dari Yuna. Masing-masing ada style sendiri . :)
Ippo Hafiz pun support dia ...
Ramai lagi la penyanyi lain yang respect dengan kebolehan dia ni...
Cuma orang ramai je belum didedahkan sangat . Maybe korang kena buat research macam aku ni ha.. ehh.. muahahaa....




Hope lepas korang baca entry ni.. ada inisiatif untuk support bakat macam SISSY IMANN ni.. at least tolong request lagu dia dekat radio. Bagi orang kenal lagi lagu dia. and vote la lagu dia di mana-mana kalau ada :)



dia dah ada 3 single skang.. terbaru ni yang ke3 "Entah Apa Rasa" featuring Eyza Bahra. Best lagu tu ... dah dimainkan di radio .. HOTFM .. hari tu jadi juara Track 8 HOTFMZON .. korang dengar la lagu Entah Apa Rasa tu.. memang awesome!! Tak lama lagi siap video klip dia. Semasa entry ni ditulis.. video klip masih dalam proses lagi :)








Untuk Pengetahuan korang.. single kedua SISSY IMANN tajuknya "Benar Ku Tak Bohong" .. best .. sila2 google atau tgk dkt youtube. Vokal dia sumpah best!! sumpah unik ... :)



ok aku rasa sampai sini dulu aku share pasal SISSY IMANN yang sangat berbakat ni .. Sebab aku jap lagi nak keluar. Ada hal.. nanti aku share lagi ...



Harapan aku.. ramai rakyat MALAYSIA sedar yang dekat MALAYSIA ni ada seseorang yang bernama SISSY IMANN yang betul2 berbakat.... :) Hope one day aku bleh tengok SISSY IMANN ni  naik pentas dan terima AWARD sebab bakat dia yang luar biasa. Amiiinn....

Sebab sebelum ni dia pernah tercalon untuk ABPBH , AIM di peringkat awal ....



Come on MALAYSIA.. support artis kita... :) Support SISSY IMANN :))





























No comments: