JOM KLIK SINI..

SUPPORT THIS TALENT . MADE IN MALAYSIA 100%

SUPPORT THIS TALENT . MADE IN MALAYSIA 100%
SISSY IMANN . THE MUSIC MAKER . NI LA PENYANYI LAGU MUNGKIN KAMU (OST EKSPERIMEN CINTA) YANG DEKAT TV3 TU .

CLICK ME

Wednesday, 19 April 2017

Too Much Ego Will Kill Your Talent


.......
Someone pernah berkata pada aku..
Jaga imej ni susah..
Imej kalau dah elok..Jaga baik2

Dia kata lagi..
Banyak artis kat luar sana
Berbakat. Tp pembawakan di laman sosial
tak menunjukkan yang mereka "mahal"
Artis muda2 bersepah dkt Malaysia
Tp yg betul2 menjaga atau pandai jaga diri
tak ramai..

Mereka mungkin lupa
Yang banyak mata memerhati..
Organizer.. org station tv..
Strangers yang mungkin nak jadi fans atau sebaliknya..


Kawan aku seorang DJ Radio
Dia pernah bertanya..Dalam nada sinis bila tgk gambar
Seorang artis muda berbakat.. yg kerap bersama seorg lelaki..
Artis tu pada aku, dia memiliki apa yg artis lain tak ada..
Dia ada kelas yg tersendiri...

So bila kawan aku ni berkata,

"Artis kau minat ni xde keje ke kerap keluar dating?"

"Bukan kau cakap dia bagus ke...?" Katanya lagi




Nampak x dari situ.. org dah mula hilang respect
Penat jaga imej bersih sebelum2 ni..
Hanya dgn beberapa keping gambar
dah mampu buat org hilang respect sekelip mata



Nak post gambar pun x berfikir panjang
Ikut suka je.. ikut seronok je.. maklumlah org muda
Darah muda.. lebih2 yang kerap upload gambar
 dgn partner masing.. nak show off..

Mmg la ramai org komen "sweetnya... bla bla bla"
((Artis lagi la suka kot bila kena puji mcm tu))

Mana lagi best?
Nak org puji bakat.. atau puji kecantikan
 atau puji sweet couple di laman sosial?



Walaupun itu hak mereka.. kita x bleh nak ckp lebih2..
Hanya dpt perhatikan dan bermonolog sendiri
"Knapa artis ni jd mcm ni setelah menemui cinta?"
Oh mungkin mereka ni x berniat utk serius dlm industri ni...
Jd mereka x menjaga benda2 mcm ni
Menyanyi dan menulis lagu bukan lagi priority agaknya..
Ini terjadi pada artis baru yg masih muda je
yg pada aku belum cukup matang
dan hanya mengejar keseronokan yang sementara.



Mmg la nak jadi diri sendiri tu bagus
Tp kalau kita baru nak menapak.. aku kurang bersetuju..
Lainlah kalau mereka dah ada nama besar dlm industri
Dah achieve semua benda .. dah capai tahap terbaik dlm kerjaya..
Nak post apa2 pun xde siapa kisah.. serius



Mcm Yuna.. dia dah achieve something big dlm karier dia
So dia nak kawen ke.. nak upload gambar Adam xde sapa kisah..
jadi artis kat Malaysia ni kalau dah kawen terus off market.
And aku pun rasa mcm tu. Ramai.. yg dah kawen terus lupa
Cita2 yg dah sekian lama mereka usahakan!!
Jd sementara masih muda dan belum ada komitmen pada suami/isteri
Kejarlah cita2.. sebab nanti kalau dah kawen.. dah susah
nak buat semua benda2 yg gempak2..



Aku bg contoh ... korang tgk IG L E A  I S M A I L
Aku rasa IG dia seronok utk di scroll
Sebab mostly pasal keje...
Dari situ kita boleh rasa yang
dia betul2 keje kuat dalam bidang ni..
Kita yang tgk ni pun boleh rasa yg dia ada misi
yang dia nak capai...E r n i e Z a k r i pun sama.


Berbanding artis muda yang lain
Yang banyak upload gambar selfie..
Gambar dating..gambar makanan dan mcm2 lagi
la ... sayang bakat.. Bakat dah besar dah Allah bagi
Tp tak digunakan dengan sebaik2nya..
Benda lain pula yg lebih ditonjolkan berbanding bakat



Come on.. nak dptkan respect org ni x la senang sgt
Tapi,
Tunjuk lah kesungguhan bekerja..
Tonjolkan bakat yang mereka ada
Mcm Hael.. rajin cover lagu
Ariz Lufiaz yg semakin kerap main piano..

Seandainya takde job sekalipun
Buat la collaboration dgn artis lain
Utk tatapan fans..
Sekurang2nya mereka tak menanti begitu lama..


Itu dah cukup buat ramai org respect pada mereka..
Dan station radio gemar highlight artis2 yg selalu buat cover ni..



Minta maaf kalau apa yg aku cakap ni salah
Aku berkata berdasarkan fakta
dan pemerhatian..
Dan aku pun bergaul dgn blogger2 hiburan
Walaupun tak ramai.. tp cukup berpengalaman
dan mereka tahu artis macam mana yang akan bertahan
lama dlm industri..




Tuesday, 18 April 2017

Paling banyak simpan..



Aku..
Paling banyak simpan
.. simpan rasa..

Entah... asyik nak simpan je
Kalau diluahkan belum tentu org boleh terima.


Zaman skrg tak ramai yg boleh terima
teguran membina dgn hati terbuka..

Dunia skarang penuh dgn org2 selfish
Yang hanya peduli perasaan dia sendiri
tanpa peduli perasaan org lain..



Mungkin sebab pemikiran aku terlalu kedepan.
Dan hanya org2 tertentu akan faham...tak apa la..






Hidup Ibarat Roda

Semalam mungkin kita di atas
Hari ni tidak lagi..

Hari ni mungkin kita penting utk orang
Tp esok mungkin tidak lagi

Inilah kitaran kehidupan yang paling menyakitkan
Yg terpaksa kita hadapi dgn tenang..
Walaupun sbnrnya.. kita akan rasa seperti
Dunia ini tidak pernah ada keadilan utk orang yang telah banyak
melakukan pengorbanan utk orang lain..



Aku Memilih Untuk Diam...

Pernah tak korang rasa seperti diperli..
dikritik tetapi secara halus.. dan korang terpaksa
dengar dan buat2 seperti x dengar..


Bila effort dipertikaikan..

Aku jenis x suka nak heboh2 apa aku buat . Tak kira la besar atau kecik
Effort tu.. sebab aku nak buat dgn seikhlas hati..


Bila ada orang bermegah diri .. aku diam..
hanya mampu diam.. dan dgr..


Agaknya kalau aku cerita
Apa aku dah buat dari awal sampai ke hari ini..
Semua orang pun mungkin terkejut
atau mungkin akan nangis ..


Tp bukan aku jenis yg suka nak heboh2
Biar lah orang tak nampak apa kita buat..
Tp Allah nampak dan sentiasa ada..


Kita cakap benda betul.
Tp org tak boleh terima kenyataan..
Tetap dgn keegoan masing2
Sikit pun tak nak kalah.
Nak pendapat dia je betul..


Tak apa la..







Hurm...

kita perlukan org yang sentiasa beri kita semangat. bukan buat kita down & letakkan salah kepada kita 100%. tak. kita tak perlukan orang macam tu..

kita dah rasa cukup dengan orang sekeliling kita yang kononnya sangat neutral? tak tak. manusia boleh berubah persepsi bila bila masa je..


kita rasa dah cukup percaya dengan orang yang baru kita kenal dan kononnya dia menyokong kita? tak tak. manusia boleh berpura pura untuk itu

Tak Semua Orang Boleh....

tak semua orang boleh positif sepanjang masa. tetapi positif itulah yang paling penting untuk terus kehadapan. ya, negatif itu juga perlu tapi tidak keterlaluan sehingga menyebabkan nilai positif itu mati

mengapa kita perlu positif? kerana kita bukan hidup dalam ilusi. dalam dunia realiti yang sebenar, kita perlu belajar, kita perlu bekerja, kita perlu mencari duit, kita perlu berusaha. jika kita tidak lakukan semua perkara tersebut bagaimana kita nak hidup? siapa nak sediakan makan pakai kita? tempat untuk berteduh dari hujan dan panas siapa yang perlu bina? kalau tidak diri kita siapa lagi

ada yang saya melihat sendiri mereka berputus asa untuk hidup, rela hidup dalam kegelapan. kadangkala ya, melayan perasaan itu boleh menbuatkan kita mati dan tak mahu hidup

oleh kerana apabila sampai rasa sebegitu, kembali kepada realiti

hidup tak semudah itu untuk menyeksa diri dan merana dalam keadaan yang begitu lama

Saturday, 15 April 2017

PERSEMBAHAN MANTAP SISSY IMANN DI MALAM KEMUNCAK ANUGERAH DFKL2017



Anugerah DFKL2017 baru sahaja melabuhkan tirainya pada 9 April 2017 yang lalu dengan penuh gillang gemilang dan mencatat lebih 5juta tontonan. 

Kali ini aku berkesempatan lagi untuk menyaksikan anugerah yg cukup berprestij ini SEKALI LAGI.. secara LIVE di mana acara ini telah berlangsung di PICC, Putrajaya . 

Of course la aku datang untuk tengok singer songwriter favourite aku iaitu Sissy Imann yang turut membuat persembahan pada malam itu. Beliau yang turut tercalon bagi kategori lagu tema pilihan telah berjaya membuat persembahan dengan amat baik sekali. Respect la..!!!

Datang dari Sarawak kot semata2 nak tgk Sissy Imann ni perform! Aku rasa berbaloi. Sebabnya aku dah lama menunggu peluang nak tgk dia perform LIVE dgn dancers lagi.. sumpah meletop!! 







Legend in the making kot dia ni.. ada aura... hope SISSY IMANN akan mengekalkan momentumnya sebagai antara penyanyi muda Malaysia yang memiliki vokal yang unik dan sangat buat kita rasa goosebumps bila dengar dia nyanyi.


Untuk siapa yang tak tahu. Sissy Imann merupakan seorang singer songwriter yg berbakat. Seawal usia 16 tahun beliau telah mula menulis lagu. Korang boleh search lagu MUNGKIN KAMU . DFKL2016 lagu tu menang kategori OST PILIHAN ... mmg best semua lagu ciptaan Sissy Imann sebab mmg lain dari lagu2 yang ada dalam pasaran!! 

Beliau juga merupakan salah seorang ahli Koir Kebangsaan Malaysia dan merupakan antara pelajar cemerlang jurusan Pendidikan Muzik di IPG Kampus Ilmu Khas . 7 semester berturut2 dapat Anugerah Dekan . Power!

Utk pengetahuan korang lagi.. Sissy Imann juga merupakan seorang host. Sgt berbakat dan aku teruja kalau cerita pasal dia ...






Apa2 pun ... sumpah tak boleh move on tgk Sissy Imann perform masa malam DFKL2017 tu.. Walaupun banyak artis lain yg turut perform malam tu. Aku tetap rasa Sissy Imann paling best. Sebab dia rare kot!


Daripada tgk produk dah siap yg bersifat sementara.. aku lebih suka mencari permata disebalik batu.  Sissy Imann la permata tu. Support local . 
























For more info pasal Sissy Imann korang boleh google je sosial media dia
IG twitter Facebook (@sissyimann)  atau Official fc (@cyntahatisissyimannofficial) 


SUPPORT ARTIS MALAYSIA YANG BERBAKAT DAN BERKUALITI SAHAJA 






Thursday, 2 March 2017