JOM KLIK SINI..

SUPPORT THIS TALENT . MADE IN MALAYSIA 100%

SUPPORT THIS TALENT . MADE IN MALAYSIA 100%
SISSY IMANN . THE MUSIC MAKER . NI LA PENYANYI LAGU MUNGKIN KAMU (OST EKSPERIMEN CINTA) YANG DEKAT TV3 TU .

CLICK ME

Sunday 27 March 2016

ANUGERAH DFKL2016 : SISSY IMANN RANGKUL ANUGERAH LAGU OST/PILIHAN




19 Mac 2016 yang lalu penyanyi , penulis lirik dan juga komposer muda berbakat iaitu Sissy Imann (20 tahun) telah berjaya membawa pulang trofi Anugerah Lagu/Ost Pilihan menerusi lagu ciptaannya sendiri iaitu "Mungkin Kamu" yang merupakan Ost drama Eksperimen Cinta.








Kejayaan ini amat manis buatnya kerana lagu itu adalah lagu ciptaannya ketika berusia 16 tahun. Menerusi lagu itu juga, penyanyi ini pernah tercalon bagi kategori Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2015 (APM2015) tahun lalu.




Tidak menyangka akan menang kategori ini, Sissy Imann ternyata sangat bersyukur atas rezeki ini dan berterima kasih pada peminat drama Eksperimen Cinta dan semua yang menggemari lagu ciptaanya itu. 






Jika dilihat , calon2 lain juga tidak kurang hebatnya contohnya Akim & The Majistret, HyperAct, Ippo Hafiz dan ramai lagi. Tetapi lagu Mungkin Kamu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Sissy Imann itu juga ada kekuatan dan kunikannya yang tersendiri. Inilah yang dikatakan rezeki dan ia merupakan pembakar semangat buat  penyanyi yang juga merupakan ahli Koir Kebangsaan Malaysia serta keyboardist kepada Fynn Jamal ini






Sissy Imann baru sahaja menyiapkan single terbaru untuk penyanyi baru Shaffiq Erwin yang.  berjudul "Jangan Kau Jauh". Setelah mendengar lagu ciptaanya ini, ternyata Sissy Imann bukanlah calang2 komposer. Lagu tersebut cukup kuat lirik dan melodinya. Boleh dikatakan lagu tersebut boleh pergi lebih jauh. 





Selain Shaffiq Erwin, Sissy Imann juga telah menghasilkan sebuah lagu tema berjudul "HIDUP" untuk sebuah projek filem pendek "Bittersweet".  Lagu tu power sangat!! 







Sissy Imann nama yang agak kurang menonjol jika dilihat dalam industri muzik tanah air. Beliau bukanlah dari mana-mana rancangan realiti TV mahupun artis youtube yang berjuta2 viewers. Tetapi bakatnya dikesan oleh FMC kerana beliau sering menyanyikan lagu ciptaan sendiri di youtube channel miliknya sehingga menarik minat FMC utk mengambilnya sebagai artis rakaman. 


Banyak lagu ciptaan Sissy Imann di youtube. Memang berkualiti lagu dia. Try la tengok and nilai sendiri.






Pelantun lagu Mungkin Kamu, Benar Ku Tak Bohong dan Entah Apa Rasa ini kini masih lagi menuntut di salah satu Institusi pengajian tinggi di Cheras dan beliau ternyata seorang pelajar yang cemerlang kerana sentiasa mendapat anugerah dekan 5 semester berturut-turut.





Moga SISSY IMANN terus sukses dalam kariernya kerana beliau merupakan seorang yang sangat komited dalam bidang muzik walaupun sibuk dengan pelajarannya. Jika pernah bertemu beliau secara peribadi, Sissy Imann ni seorang yang merendah diri orangnya. 


Kalau ada dengar benda buruk2 pasal dia... Itu mungkin rencana orang2 yang cemburu dengan kejayaannya. Bagi saya, Sissy Imann adalah bakat yang Malaysia harus pandang! Memiliki suara yang unik dan pandai compose lagu . Malaysia ni dah kurang penyanyi wanita dan komposer wanita yang berbakat.. 

Support Sissy Imann kerana bakat yang ada padanya. Super talented singer, songwriter and composer !!


Untuk sebarang info, pertanyaan, booking untuk show, interview or photoshoot, jika ingin mendapatkan perkhidmatan Sissy Imann, boleh hubungi Mak Tanjung (012 772 0846) yang menguruskan jadual Sissy Imann atau direct terus dgn Sissy Imann sendiri. 











No comments: