Kata orang 'mencari seorang sahabat yang baik lebih sukar daripada mencari 1000 orang musuh'.Sememangnya kenyataan ini benar kerana seorang sahabat yang baik akan sentiasa melindungi dan menjaga keharmonian sahabatnya dalam apa jua perkara,malah ada yang sanggup bergadai nyawa untuk sahabat.
Bagaimanakah kamu ingin memilih sahabat baik daripada kesemua sahabat yang kamu ada? Ayuh ketahui ciri-ciri memilih dan membina jalinan persahabatan yang murni!
KECINTAAN
merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah
persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh sekiranya tidak wujud
kecintaan di antara dua orang insan yang disandarkan kepada Allah
SWT.Oleh itu,kita perlulah meluahkan rasa cinta terhadap sahabat dengan
mengungkapkan ‘uhibbuka’ atau ‘i fi llah’ (bagi sahabat yang sama
jantina) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka kerana
Allah.KASIH SAYANG
KEIKHLASAN
dapat menjamin sesebuah persahabatan itu mendapat keberkatan
dan rahmat daripada Ilahi.Sekiranya kamu tidak ikhlas ketika
bersahabat, ia boleh mengundang permusuhan di antara sahabat.Sebaiknya
kamu memilih sahabat berdasarkan budi pekertinya,rasa tanggungjawab,
keprihatinan dan bukannya semata-mata kerana paras rupa, pangkat atau
harta yang dimilikinya.
KESETIAAN
terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan lagi ikatan
persahabatan walaupun kamu jarang bertemu.Apabila kamu setia terhadap
sahabat, kesannya sahabat kamu juga akan sentiasa mengingati apa jua
pengorbanan yang telah kamu curahkan kepadanya. Ini kerana kamu sentiasa
berada di sisinya tidak kira susah mahupun senang.
KEBERANIAN
dalam berkata benar.Dalam sesebuah persahabatan, kamu
hendaklah berani mengatakan sesuatu perkara kepada sahabat kamu itu,
apatah lagi tentang perkara-perkarayang boleh menyakiti hatinya.Kamu hendaklah berani mengaku dan berterus-terang kepadanya atas kesilapan yang telah kamu lakukan. Kamu juga haruslah beranimenasihati dan saling menegur sahabat kamu itu.
KEJUJURAN
perlu dalam sesebuah persahabatan.Kamu jangan sesekali menipu
atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kamu
itu.Dengan berkata benar dan jujur, ini akan mengukuhkan lagi tali
persahabatan antara kamu berdua. Kamu hanya boleh berahsia pada
perkara-perkara yang kamu rasa perlu dirahsiakan daripadanya sahaja.
KEMAAFAN
merupakan perkara yang perlu ada dalam etika
bersahabat.Sekiranya sahabat kamu melakukan kesilapan, kamu hendaklah
bersedia untuk memaafkannya, tidak kiralah sama ada kesalahannya itu
besar ataupun kecil terhadap kamu.Sahabat yang baik ialah sahabat yang
bersedia untuk memaafkan sahabatnya,begitulah sebaliknya.
KESEDIHAN
yang dihadapi oleh sahabat kamu haruslah dikongsi
bersama.Apabila kamu mengetahui sahabat kamu itu berada dalam keadaan
yang berdukacita,kamu sebagai sahabat hendaklah sentiasa berada di
sisinya. Kehadiran kamu itu sekurang-kurangnya dapat meringankan
kesedihan yang ditanggungnya dan dalam masa yang sama ia boleh
meringankan bebanan yang dipikulnya itu.
KEGEMBIRAAN
yang hadir dalam diri sahabat kamu itu, memberi makna yang
kamu juga rasa gembira.Pasti kamu rasa senang apabila melihat sahabat
kamu bergelak ketawa dan sentiasa mengukir senyuman yang indah pada raut
wajah mereka.
KESERASIAN
merujuk pada kesamaan mahupun ‘sekepala’ dalam apa jua yang
kamu dan sahabat lakukan bersama.Dengan wujudnya keserasian ini,
aktiviti yang kamu lakukan bersama akan menjadi lebih mudah dan
lancar.Malah keserasian ini akan mewujudkan persefahaman antara kamu dan
sahabat.
3 comments:
jangan sedey2 allah kan ada , allah sentiasa bersama kita , what your friend do at u , they can get back cash.
kesemua elemen yg penting untuk manusia
thanks drop by ;)
Post a Comment