CANON |
NIKON |
Mode Nikon and Canon.. same je..
kat bawah ni.. more to Canon la.. since I guna Canon.. :))
1. A-DEP bermaksud Automatic Depth-of-Field mode
Sekiranya anda memilih untuk menggunakan mode ini, kamera anda akan secara automatik akan menetapkan aperture yakni nombor ‘f-stop’ yang paling sesuai untuk membolehkan keseluruhan objek di dalam gambar yang anda ambil adalah sharp atau jelas. Kebiasaannya, mode ini digunakan sekiranya setiap informasi atau objek yang berada di dalam gambar itu adalah penting untuk kelihatan jelas seperti fotografi lanskap atau potret.
2. M bermaksud Manual mode
Mode ini menjadi kegemaran bagi penggemar kamera yang mahukan kelainan serta yang mahu belajar lebih dalam tentang kamera. Pada mode ini, pengguna akan mengawal penuh
i. aperture (bukaan blade lens),
ii. kelajuan shutter (masa yang diambil untuk buka dan tutup blade lens (bilah lensa) serta masa untuk cermin di hadapan sensor diangkat dan kembali kepada asal) serta;
iii. exposure (pendedahan kepada cahaya)
3. AV (atau A pada kamera Nikon) bermaksud Aperture priority mode (Aperture Value)
Peminat AV atau A ini adalah kebiasaannya terdiri daripada golongan yang sukakan bokeh (objek depan sharp, objek di belakang blur). Tapi aperture atau bukaan terluas adalah terhad kepada jenis lens, sekiranya lens tersebut mempunyai constant aperture atau bukaan kekal f/2.8, maka lens tersebut mampu menghasilkan bokeh yang umph!
4. TV (atau S pada kamera Nikon) bermaksud Time Value atau Shutter priority mode
Shutter Speed atau kelajuan rana (skemanye~ ) adalah di mana masa yang diambil untuk cermin yang berada di hadapan sensor kamera untuk menerima cahaya dari objek atau pun masa bukaan dan tutupan bilah lens pada satu-satu kamera.Pendek kata,
Lebih panjang masa kelajuan shutter, lebih banyak cahaya diterima oleh sensor dan lebih terang gambar tersebut (tertakluk kepada saiz aperture) dan kemungkinan untuk gambar terdapat kesan gegar mungkin ada.
Lebih pendek masa kelajuan shutter, lebih sedikit cahaya yang diterima oleh sensor dan kemungkinan gambar lebih gelap (tertakluk juga kepada saiz aperture) serta kesan gegar mungkin kurang atau tiada.
5. P bermaksud Program AE mode
Shutterspeed (exposure) dan Aperture di set secara automatik. Ini hampir serupa dengan mode automatik namun anda masih berkuasa untuk mengawal exposure dan akan disesuaikan secara automatik oleh kamera anda untuk saiz aperture mengikut pilihan exposure.
6. Ikon Empat Segi Panjang - Mode automatik.
7. Ikon Wajah – Mode yang telah disetkan sesuai untuk potret atau gambar manusia.
8. Ikon Gunung – Mode yang telah disetkan sesuai untuk fotografi lanskap serta permandangan.
9. Ikon Bunga – Mode yang telah disetkan sesuai untuk gamba makro dan close-up (gambar dekat).
10.Ikon Orang Berlari - Mode yang telah disetkan sesuai untuk fotografi sukan atau pergerakan pantas.
11. Ikon Bintang atau Bulan - Mode yang telah disetkan sesuai untuk kegunaan fotografi di waktu malam.
12. Ikon Kilat yang Dipangkah - Mode yang telah disetkan untuk memaksa kamera tidak menggunakan Flash.
No comments:
Post a Comment