Bijak menguruskan masa, Sissy mahu pastikan apa diaturkan untuk mengejar impiannya sebagai penyanyi dan pencipta lagu disegani suatu masa nanti menjadi kenyataan.
“Mungkin perjalanan seni saya tak selancar orang lain, tapi saya bersyukur kerana berpeluang belajar pelbagai perkara dalam usaha menempatkan diri dalam bidang seni.
“Walaupun agak terikat dengan masa yang perlu dibahagi antara kerjaya dan belajar, saya tak pernah jadikan itu sebagai alasan,” katanya.
Sissy kini menghabiskan tahun terakhir di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas dalam jurusan Pendidikan Muzik.
Bakal muncul dengan single terbarunya tidak lama lagi, Sissy cuba sentiasa tampilkan kelainan dalam setiap karyanya.
“Alhamdulillah, lagu-lagu saya diperkenalkan sebelum ini dapat respons baik daripada peminat. Jadi semestinya saya mahu kekalkan momentum ini.
“Biarpun trend dalam pasaran hari ini lebih cenderung muzik aliran 1990-an, tapi saya tak pernah jadikan ia sebagai halangan untuk terus tampil identiti muzik sendiri kerana kepelbagaian selalunya beri banyak kelebihan,” katanya yang bernaung di bawah syarikat rakaman FMC sejak empat tahun lalu.
Tidak hanya aktif sebagai penyanyi, Sissy juga dikenali sebagai pencipta lagu yang berbakat dan ia dibuktikan menerusi beberapa karyanya seperti Mungkin Kamu, Hidup, Keliru dan banyak lagi.
“Muzik minat saya paling atas, justeru saya mahu guna sepenuhnya peluang yang ada untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan semua orang selain turut menyumbang sesuatu untuk industri.
“Masa lapang saya memang banyak terisi dengan aktiviti berkaitan muzik terutama menulis lagu. Saya suka cari idea baru untuk diketengah baik untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain.
“Meskipun menulis lagu sendiri mampu beri kepuasan, saya juga sentiasa terbuka terima atau nyanyikan lagu daripada komposer lain asalkan ia selari dengan konsep muzik yang saya bawa,” ujarnya yang kini mempunyai lebih 30 lagu ciptaan sendiri.
Dalam perkembangan lain, Sissy mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan dan kini sedang hangat dengan program kendaliannya, Joox Singgah Sat! yang boleh ditonton setiap Khamis, jam 9 malam menerusi aplikasi Joox.
Pengalaman puasa di Korea
Menyentuh bulan puasa yang kini memasuki hari ketiga, kata Sissy, aktiviti seninya berjalan seperti biasa cuma sepanjang Ramadan ini dia banyak luang masa bersama keluarga.
“Sudah jadi kebiasaan kami sekeluarga sejak dulu lagi sama-sama berbuka di rumah sepanjang bulan puasa dan hanya berbuka di luar apabila ada keperluan saja.
“Sibuk macam mana sekalipun, kami tetap akan lari balik berbuka puasa di rumah. Memang sudah dididik begitu sejak dari kecil lagi, tapi selepas bergelar artis rutin itu sedikit berubah apabila saya perlu memenuhi undangan berbuka puasa di luar.
“Berbuka puasa bersama keluarga tentu lebih menyeronokkan, apatah lagi dapat menjamah juadah dimasak bonda sendiri dan selepas itu dapat solat Terawih bersama,” ujarnya jujur.
Bagaimanapun menurut Sissy, pada tahun lalu dia melalui pengalaman pertama berpuasa di luar negara apabila berada di Korea selama enam hari bersama rakan-rakannya.
“Itu kali pertama saya berpuasa di luar negara dan jauh daripada keluarga membuatkan pengalaman berpuasa ketika itu menjadi sangat berbeza buat kami semua.
“Di sana kami terasa seperti berpuasa dalam satu tempoh masa panjang dengan keadaan cuaca yang sangat menguji keadaan sepanjang berada di sana.
“Apa pun, Alhamdulillah kami dapat berpuasa penuh sepanjang enam hari berada di sana tanpa sebarang masalah,” ujar Sissy.
Hari ni mungkin kita penting utk orang
Tp esok mungkin tidak lagi
Inilah kitaran kehidupan yang paling menyakitkan
Yg terpaksa kita hadapi dgn tenang..
Walaupun sbnrnya.. kita akan rasa seperti
Dunia ini tidak pernah ada keadilan utk orang yang telah banyak
melakukan pengorbanan utk orang lain..
tak semua orang boleh positif sepanjang masa. tetapi positif itulah yang paling penting untuk terus kehadapan. ya, negatif itu juga perlu tapi tidak keterlaluan sehingga menyebabkan nilai positif itu mati
mengapa kita perlu positif? kerana kita bukan hidup dalam ilusi. dalam dunia realiti yang sebenar, kita perlu belajar, kita perlu bekerja, kita perlu mencari duit, kita perlu berusaha. jika kita tidak lakukan semua perkara tersebut bagaimana kita nak hidup? siapa nak sediakan makan pakai kita? tempat untuk berteduh dari hujan dan panas siapa yang perlu bina? kalau tidak diri kita siapa lagi
ada yang saya melihat sendiri mereka berputus asa untuk hidup, rela hidup dalam kegelapan. kadangkala ya, melayan perasaan itu boleh menbuatkan kita mati dan tak mahu hidup
oleh kerana apabila sampai rasa sebegitu, kembali kepada realiti
hidup tak semudah itu untuk menyeksa diri dan merana dalam keadaan yang begitu lama
Anugerah DFKL2017 baru sahaja melabuhkan tirainya pada 9 April 2017 yang lalu dengan penuh gillang gemilang dan mencatat lebih 5juta tontonan.
Kali ini aku berkesempatan lagi untuk menyaksikan anugerah yg cukup berprestij ini SEKALI LAGI.. secara LIVE di mana acara ini telah berlangsung di PICC, Putrajaya .
Of course la aku datang untuk tengok singer songwriter favourite aku iaitu Sissy Imann yang turut membuat persembahan pada malam itu. Beliau yang turut tercalon bagi kategori lagu tema pilihan telah berjaya membuat persembahan dengan amat baik sekali. Respect la..!!!
Datang dari Sarawak kot semata2 nak tgk Sissy Imann ni perform! Aku rasa berbaloi. Sebabnya aku dah lama menunggu peluang nak tgk dia perform LIVE dgn dancers lagi.. sumpah meletop!!
Legend in the making kot dia ni.. ada aura... hope SISSY IMANN akan mengekalkan momentumnya sebagai antara penyanyi muda Malaysia yang memiliki vokal yang unik dan sangat buat kita rasa goosebumps bila dengar dia nyanyi.
Untuk siapa yang tak tahu. Sissy Imann merupakan seorang singer songwriter yg berbakat. Seawal usia 16 tahun beliau telah mula menulis lagu. Korang boleh search lagu MUNGKIN KAMU . DFKL2016 lagu tu menang kategori OST PILIHAN ... mmg best semua lagu ciptaan Sissy Imann sebab mmg lain dari lagu2 yang ada dalam pasaran!!
Beliau juga merupakan salah seorang ahli Koir Kebangsaan Malaysia dan merupakan antara pelajar cemerlang jurusan Pendidikan Muzik di IPG Kampus Ilmu Khas . 7 semester berturut2 dapat Anugerah Dekan . Power!
Utk pengetahuan korang lagi.. Sissy Imann juga merupakan seorang host. Sgt berbakat dan aku teruja kalau cerita pasal dia ...
Apa2 pun ... sumpah tak boleh move on tgk Sissy Imann perform masa malam DFKL2017 tu.. Walaupun banyak artis lain yg turut perform malam tu. Aku tetap rasa Sissy Imann paling best. Sebab dia rare kot!
Daripada tgk produk dah siap yg bersifat sementara.. aku lebih suka mencari permata disebalik batu. Sissy Imann la permata tu. Support local .
For more info pasal Sissy Imann korang boleh google je sosial media dia
IG twitter Facebook (@sissyimann) atau Official fc (@cyntahatisissyimannofficial)
SUPPORT ARTIS MALAYSIA YANG BERBAKAT DAN BERKUALITI SAHAJA
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 akan diadakan secara langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC). Anugerah gilang gemilang ini akan menemui penonton pada 9 April 2017, Ahad jam 9 malam di TV3.
Tahun lepas aku berpeluang untuk menonton secara LIVE acara gilang gemilang ini dan artis yang aku minati telah merangkul salah satu anugerah kategori Ost/Lagu Pilihan menerusi lagu MUNGKIN KAMU yang merupakan Ost drama Eksperimen Cinta terbitan Zeel Production . Siapa lagi kalau bukan penyanyi yang berbakat besar, singer songwriter yang berbakat iaitu Sissy Imann.
Hope DFKL2017 ada lagi pencalonan utk dia menerusi lagu KELIRU yang menjadi OST drama Menantu Tingtong . Sissy Imann ni mmg berbakat tulis lagu. Bagi je skrip dekat dia.. dia boleh hasilkan lagu yang bagus mengikut kehendak producer.
Bebaru ni Sissy Imann ada hasilkan OST bertajuk "Hidup" utk sebuah special project Short Film "Bittersweet" yang akan dipertandingkan di luar negara. Lagu HIDUP tu mmg best... Anda boleh google atau tgk dkt YOUTUBE.. terserlah kualiti lagu tu..
Baru-baru ni , aku ada tonton secara LIVE di facebook TV3 sebuah majlis makan malam sempena meraikan dan memperkenalkan drama2 serta filem yang tercalon utk Anugerah Skrin 2016.
Paling awesome bila menyaksikan persembahan mantap dari Sissy Imann yang menyampaikan 2 buah lagu pada malam itu iaitu Mungkin Kamu dan Keliru. Kedua2 lagu ini merupakan ciptaan asal penyanyi ini sendiri yang turut merupakan lagu tema drama Eksperimen Cinta dan Menantu Tingtong.
Apa yg aku ingin katakan di sini ialah, persembahan penyanyi itu sangat bagus. Vokal yang mantap padahal kedua2 lagu itu lagu yang agak rancak!! Penyanyi mcm ni la bagus.. pandai buat lagu, pandai main instrumen muzik dan dia ni mula menulis lagu pada usia 16 tahun.
Artis macam ni baru la gempak. Nyanyi live sedap!! X mcm sesetengah artis tu.. lagu kemain meletop kat radio tapi bila perform, hancussss nokk .. sorry to say.. Sissy Imann terbaik!!!
Aku rasa kalau producer kat Malaysia ni nak lagu ost yang jenis rancak, panggil je la Sissy Imann ni buat. Lagu dia best dowh..
Penyanyi , penulis lirik dan komposer berbakat, Sissy Imann melangkah setapak lagi dalam bidang pengacaraan apabila baru-baru ini beliau terpilih untuk mengacarakan sebuah rancangan TALK SHOW "JOM SINGGAH SAT" yang boleh ditonton secara live streaming di aplikasi JOOX
Program 12 episod itu akan menampulkan Atoi Tohet sebagai pasangan pengacara kepada Sissy Imann dan setiap minggu mereka turut menjemput artis-artis popular untuk bercerita perkembangan aktiviti seni serta akustika secara live.
Episod pertama yang bermula awal November lalu menunjukkan penyanyi itu sangat bersahaja walaupun baru pertama kali menceburi bidang ini. Moga beliau terus sukses kerana sememangnya beliau memiliki kemahiran komunikasi yang sangat baik dan dapat mengembangkan lagi karier nya dalam industri hiburan Malaysia.
Lagu ni ditujukan buat anak2 yg sedang rindu akan ibunya. Lagu ni sesuai utk ibu, ayah.. dan ahli keluarga tercentaaa.. nanti kalau hari ibu ke.. hari bapa, korang boleh bagi dorang dengar k..
Akhirnya apa yang aku rancangkan beberapa bulan lalu berjalan dengan lancar. Alhamdulillah ..bulan 7 kot aku dan Kekwa plan ni..
terus aku beli tiket flight. All the way from Sarawak utk buat seprais utk artis kesayangan. Siapa lagi kalau bukan Sissy Imann .
Aku tak buat kalau aku tak mampu... itu je aku nak cakap. Mana la tahu korang akan kata aku membazir dan buang masa semata2 nak meraikan artis kesayangan.. hahaha.. no lah! aku tahu apa aku buat.. so pls jgn question ok..lagipun Sissy Imann deserve utk diraikan . dia adorable.. super talented ok.. korang je tak tau apa kelebihan yang dia ada.. so sila google dan nikmati sendiri MUZIK dia :)
KRONOLOGI :
Firstsekali, of course survey tempat. Aku suka tempat yang ala garden.. ada bunga.. and english style. Google punya google, aku jumpa orang buat review pasal restauran FLORA KAFE yang bertempat di Ampwalk, Ampang. Good review, and aku malas nak cari tempat lain lagi and memang FLORA KAFE memenuhi kriteria yang aku nak.
Aku terus contact Encik Mell menerusi whatsapps yang tertera pada Facebook dan Instagram Flora Kafe ( IG : @florakafe ) untuk mendapatkan quotation .. and membuat tempahan. Excited uols... padahal lagi 2 bulan lebih.. Aku dpt quotation.. Tapi Encik Mell kata.. "u boleh buat tempahan 22 september k" ...
aku pun mark calender .. aku akan book tempat tu 22 sept
Second aku pun discuss dalam group... tanya la sapa nak pegi.. ramai nak join.. and aku pun plan invite beberapa artis yang rapat dengan Sissy Imann.. and finally... Ippo Hafiz and Zack Merican yang join.. Fans plak.. its ok.. mana yang ada tu kira hebat la sebab hadir... Yang tetiba tak dpt datang tu.. takpe.. faham.... Anyway aku nak ucapkan TAHNIAH dan aku bangga pada fans yang datang.. Actually fans Sissy Imann ni jauh2 semua... takpe slowly.. lama2 nanti ada lagi tu :)
Kemudian kami discuss pasal hadiah , cake.. and semua2 la... and kami decide nak bagi gambar foto kanvas. Aku pun cari la gambar.,, and finally aku pilih gambar yang photoshoot Pesona Pengantin tu.. gambar tu cantik and sumpah awesome..
Aku cari la IG... yang boleh tempah foto kanvas . akhirnya jumpa... dia boleh buat cantik2.. risau jugak takut gambar tu pixel dia pecah. Beberapa kali tukar gambar . And mujur scanner aku ni berkualiti. Boleh scan dengan resolution yang terbaik and orang yang print ni pun bukan sebarang orang... dia tahu cemana nak buat supaya tak pecah pixel,, Alhamdulillah.. settle hadiah :) Harga pun ok dengan kualiti print dia :) ( korang boleh cari IG : @byfotokanvas )
Aku mintak dia hantar gambar tu dkt Yana and Diha. So ..nanti Yana amik dari dia je senang.. tak kan nak pos ke Sarawak plak kan.. hehe So, aku datang KL nanti, Yana just bawak ke hotel je :) Thanks korang :)
TERIMA KASIH ENCIK FAIZ ZAINI kerana menghasilkan foto kanvas yang cantik ini dan sangat kemas... :)
KETIGA ... lepas settle hadiah dan tempat. Aku kena settle kan pasal cake dan bunga. Cake ni Encik Mell (suggest dkt Secret Recipee) berdepan je dgn Flora Kafe. Tp aku fikir, dah biasa makan kek Secret Recipee ni..
last2 aku tanya Syahmi and mintak dia cari tempat nak order kek.
"Syahmi, kek Bittersweet hari tu mcm cantik je.. order kat mana?"
" Order dari kakak Izzat" kata syahmi
"Kita order dari kakak Izzat je la.." ujar ku
"Boleh jugak mcm tu . Nanti saya tanya Izzat.. " kata Syahmi .
"Nak request buatkan mcm bentuk piano boleh tak and order 2 kek... tanyakan harga sekali ye..." kataku.. teruja dengan harapan dapat la kek berbentuk piano tu.. Sebab Sissy Imann kan suka piano :)
Bincang punya bincang... akhirnya dpt kek tu.. cantikkkk.... yayyy.. Sissy Imann mesti suka kalau tgk kek tu nanti :) . Tq Syahmi and Izzat .
Sungguh... aku sangat berpuas hati dengan kek ni..... dah la sedap... korang nak order kek yg sedap boleh cari dkg IG ni @theflour.co
Bila kek, hadiah semua dah settle... aku fikirkan pasal bunga and kad pulak. Kad tu multipurpose. Aku nak fans yang datang at least ada something dorang bawak balik. Jadi aku plan nak buat card and bagi bunga satu kat tetamu nanti :) and bunga jugak utk Sissy Imann
Thanks Azizi Iskandar sudi belanja bunga utk Cyntahati... :) Aku tak mintak taw... dia sendiri offer .. memula dia nak sponsor Cake.. tp aku kata kitorang dah ada 2 cake.. :) Sebab dia tak dpt dtg.. dia belanja bunga.. Aku pun order bunga dari Kedai Bunga Aleeya yang akan deliver bunga tu pada 22 Oct di Flora Kafe...
Bunga ni aku request jugak nak tema color apa.. aku nak color hitam and gold.. dan fresh flower... :) dan 30 kuntum bunga secara satu2 utk fans :)
KAD . cakap pasal kad.. aku teruja dan excited nak cerita pasal kad ni... kad ni aku design. Aku seorang designer sebenarnya. Dalam banyak hasil kerja aku, yang ini aku rasa aku paling puas dan aku betul2 suka. Pertama sekali, aku design. Yang keduanya ia di print kan dan sebagai tanda ingatan.
Kad ni aku print dari printing shop di Terengganu ( tak ada IG) yang penting sekali, dia boleh print dengan cepat dan dalam kuantiti yang sedikit. Selalunya nak print card ..orang mesti nak minimum at least 100 pieces. Kalau kat Miri ni... aku tak jumpa pun printing shop yang boleh print kurang dari 100 ni... maka terpaksa.. cari printing shop yang jauh2.. aku tak kisah.. asalkan kad aku siap dan dia boleh print cepat.... Aku tempah 50 keping je.. 30 utk tetamu dan yang selebihnya utk fans yang ada dalam group.
Aku harap Sissy Imann suka kad yang aku buat ni.. :) Kad ni dia akan sign nanti :) It can be like buku program.. dan boleh jadi kad autograph utk fans.. mcm aku kata tadi.. multipurpose ... :) hehe..
Sumpah.. ini karya terbaik aku seumur hidup.. :) Aku bangga dengan hasilnya :))
Lebih terharu bila kad tu akhirnya ditandatangani oleh artis kesayanganku tak lain tak bukan beliau yang sgt berbakat , Sissy Imann .. super talented singer songwriter.
Sebelum majlis bermula, kami semua yang dtg pun siap sign ramai2 dekat sekeping kad ni yang diserahkan pada Sissy Imann kemudiannya :) ..... hope Sissy simpan kad tu sampai bila...fans kot yang sign ramai2... :)
KEEMPAT tibanya hari dinantikan. Walaupun aku sedikit kecewa bila sesetengah fans yang last minute tak dpt datang padahal aku dah simpan tempat utk dorang. Tapi tak apa la.. misi sulit ini perlu diteruskan. Mana yang datang tu korang adalah yang terbaik... TAHNIAH!! :))
Pakatan dengan Yahnda dan Bonda (Parents Sissy) akhirnya membuahkan hasil. Sepraisnya bermula apabila Sissy Imann telah terlebih awal diberitahu bahawa pada 22 Oktober beliau perlu membuat persembahan di sebuah hotel. Yhnda dgn Bonda pun bawa la Sissy ke hotel tu.. malangnya tiada show di situ.
Lakonan dalam kereta bila yhnda buat2 marah dan bonda menangis pun sgt ohsem.. mmg curlassssssssssssssss uols lakonan bonda. Nampak real kan? heheheh dan akhinnya yhnda ajak Sissy Imann pegi makan di sebuah restauran.
Setibanya di Flora Kafe, jurufoto kami telah siap sedia utk menangkap gambar. Sissy Imann mmg terkejut habis. Memang tak sangka, Dia ingatkan ada majlis orang lain dkt situ.. ada belon2.. ada bunga2 mewah terhias. Flora cafe mmg cantik..
Setibanya di depan restauran.. kami semua dah siap sedia nak jerit.. Sepraissssssssssssssss...!! dan nyanyian lagu Happy Birthday pun dinyanyikan dalam keadaan Sissy Imann masih terkejut.Aku rasa masa ni dia tak nampak aku pun lagi..
sampai satu saat, aku keluar dah bagi bunga tu. hahaha menjerit Sissy Imann ... hahah.. kami pun berpelukan dan Sissy Imann masuk ke dalam untuk memotong kek harijadinya yang ke21 tahun serta ulang tahun Cyntahati yang pertama . :)
Sissy Imann ... nampak terkejut di situ.
Lepas tiup lilin and potong kek, Sissy Imann diminta untuk buat ucapan. Nangis dia masa buat ucapan tu.. terharu.. dan kami yang mendengarnya pun turut merasa sebak. Aku nak nangis.. tapi, tahan.. sobs.. sebab aku tahu perjalanan dia dalam industri ni bukan mudah.... Takpe Sissy, kak sue akan sentiasa ada di belakang Sissy. :(
Ini dia video. Hope korang boleh tgk. If tak boleh, sila bukak blog ni dengan laptop .. atau korang boleh search dkt youtube.. Tajuk Video "SISSY IMANN - Kejutan Ulang Tahun Ke 21 di Flora Kafe"
One of impian aku iaitu nak tgk LIVE Sissy Imann perform akustika akhirnya tercapai apabila pada majlis ini, Sissy perform dengan guitar 2 buah lagu iaitu Mungkin Kamu dan House Of The Rising Star. Sedap gila suara Sissy Imann nyanyi akustik. So organizer kat luar sana kalau nak panggil artis perform akustika, and suara sedap... korang patut panggil Sissy Imann . sumpah best. Antara artis yang nyanyi live sangat sedap!!!! Dan pada majlis itu Ippo Hafiz dan Zack Merican turut menyampaikan lagu secara akustik. Zack dengan lagu Belaian Jiwa dan Ippo dengan lagu Kekal Bahagia. Memang best gila. Ippo Hafiz tune gitar ada style! haha
Itu la semua serba sedikit gambar majlis yang sederhana tp meriah. Turut dihadiri oleh Ippo Hafiz (atok sedara Sissy Imann) hehe dan Zack Merican, youtuber yang tidak asing lagi ... :) Wawan dari Sinar Harian/Media Hiburan pun ada.. tp takde gambar dia dlm ni :(
Anyway terima kasih banyak2 pada semua fans, family and selebriti yang hadir.. Maaf jika ada terlebih atau terkurang dari pihak saya mahupun Cyntahati Sissy Imann (FC)
Terima Kasih Flora Kafe.. makanan sedap. Tempat cantik..
Dan terima kasih utk Boy Hafizi photographer kami utk hari itu.
Terima kasih buat adik2 ku, yana , diha, izzat, syahmi, fad, mimi, (walaupun tak dapat datang), Mimi, Atika, Ayu, Hakeem, Amir Farhan ( Chakk) , Ariff, Syuhada, dan semua yang hadir , Wawan , Zack Merican dan rakan, serta Ippo Hafiz . Keluarga Sissy Imann, yhnda, bonda, Demy dan Erisyal . Tq semua.. moga kita berjumpa lagi :) Juga buat Cyntahati Sissy Imann (Whatsapps Group) yang tak dpt datang tapi menyimpan rahsia ini dengan baik sehingga tarikh hari kejadian. korang mmg best... keep supporting ... Cyntahati Secret Party dah tak secret lagi ... :) and happy birthday Sissy Imann yang ke 21. You are the best... Moga terus sukses and never give up. Kak Sue support Sissy ... :) and InsyaAllah sentiasa ada di belakang ... :)
Terima kasih WAWAN kerana menulis dan memasukkan acara ini dalam akhbar SINAR HARIAN bertarikh 31 Oktober 2016 .
Di bawah ni pula catatan Sissy Imann di laman instagramnya yang cukup buat kami terharu ... :(
Aku bukanlah siapa2... ramai yang puji2 aku bagai.. tp aku bukan manusia yang gila pujian semua tu... aku buat apa yang aku rasa aku patut buat... Aku la tu yang dimaksudkan dari Sarawak .. uhuks..
Semuanya berlaku dengan izin Allah.
Kami hanya merancang dan akulah ketuanya di situ
yang menempah.. dan memastikan semuanya ada.. dengan bantuan adik2ku yang aku sebutkan namanya di atas.
selebihnya tetamu yang hadir... tanpa korang, mungkin majlis kami ini tak la semeriah itu sambutannya ....
aku bukan siapa2....
hanya seseorang yang mahu lihat Sissy Imann
happy dan terus melakar kejayaan
sesungguhnya she deserve this..
and dia sgt berbakat...
Korang kalau tak kenal dia siapa, silalah google background dia. Dia rare and berlainan dari artis lain yang seangkatan dengannya.
Seorang singer, songwriter, composer,
keyboardist Fynn Jamal, Tri Hadzir,
One Of Koir Kebangsaan Malaysia,
dalam masa yang sama top student
yang mendapat Deans List 6 kali berturut2 di IPG
terbaru pengacara di Joox Live
lagu2nya sering menjadi OST
dengarkan MUNGKIN KAMU dan KELIRU
Kalau tgk artis lain, mana ada yang mcm dia, yang menyanyi, yang main muzik utk artis lain.. yang tulis lagu, yang boleh main piano, gitar dan semua jenis alat muzik bertali dengan baik... Hanya ada satu di Malaysia yang mcm dia... Sissy Imann... the most promising music maker..
I LOVE YOU SISSY IMANN :)
Moga terus sukses ...
-------------------------
So, daripada entry ni... korang dpt banyak info. First kalau nak celebrate birthday or nak buat seprais and tak tahu tempat kat mana nak buat kalau kat KL, carilah FLORA KAFE. Restauran berkonsepkan flora , garden and english style dengan makanan kampung atau western. .korang pilih je nak apa...
Tapi set buffet tu hanya jika ada tetamu 30 ke atas. Tapi kalau tetamu kurang dari tu pun boleh order secara ala-carte :) Jangan risau k.. :)
2nd info. Nak beli hadiah apa untuk orang tersayang sempena ulang tahun?
Aku cadangkan.. belilah foto kanvas hehe
Ketiga... nak lebih best lagi majlis korang, buat lah kad cantik2..
so, tetamu korang balik tak bawak tangan kosong ..
at least ada la something utk di simpan :)
Keempat.. buat aktiviti nyanyian secara akustik pada majlis korang. mesti best punya