19 Mac 2016 yang lalu penyanyi , penulis lirik dan juga komposer muda berbakat iaitu Sissy Imann (20 tahun) telah berjaya membawa pulang trofi Anugerah Lagu/Ost Pilihan menerusi lagu ciptaannya sendiri iaitu "Mungkin Kamu" yang merupakan Ost drama Eksperimen Cinta.
Kejayaan ini amat manis buatnya kerana lagu itu adalah lagu ciptaannya ketika berusia 16 tahun. Menerusi lagu itu juga, penyanyi ini pernah tercalon bagi kategori Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2015 (APM2015) tahun lalu.
Tidak menyangka akan menang kategori ini, Sissy Imann ternyata sangat bersyukur atas rezeki ini dan berterima kasih pada peminat drama Eksperimen Cinta dan semua yang menggemari lagu ciptaanya itu.
Jika dilihat , calon2 lain juga tidak kurang hebatnya contohnya Akim & The Majistret, HyperAct, Ippo Hafiz dan ramai lagi. Tetapi lagu Mungkin Kamu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Sissy Imann itu juga ada kekuatan dan kunikannya yang tersendiri. Inilah yang dikatakan rezeki dan ia merupakan pembakar semangat buat penyanyi yang juga merupakan ahli Koir Kebangsaan Malaysia serta keyboardist kepada Fynn Jamal ini
Sissy Imann baru sahaja menyiapkan single terbaru untuk penyanyi baru Shaffiq Erwin yang. berjudul "Jangan Kau Jauh". Setelah mendengar lagu ciptaanya ini, ternyata Sissy Imann bukanlah calang2 komposer. Lagu tersebut cukup kuat lirik dan melodinya. Boleh dikatakan lagu tersebut boleh pergi lebih jauh.
Selain Shaffiq Erwin, Sissy Imann juga telah menghasilkan sebuah lagu tema berjudul "HIDUP" untuk sebuah projek filem pendek "Bittersweet". Lagu tu power sangat!!
Sissy Imann nama yang agak kurang menonjol jika dilihat dalam industri muzik tanah air. Beliau bukanlah dari mana-mana rancangan realiti TV mahupun artis youtube yang berjuta2 viewers. Tetapi bakatnya dikesan oleh FMC kerana beliau sering menyanyikan lagu ciptaan sendiri di youtube channel miliknya sehingga menarik minat FMC utk mengambilnya sebagai artis rakaman.
Banyak lagu ciptaan Sissy Imann di youtube. Memang berkualiti lagu dia. Try la tengok and nilai sendiri.
Pelantun lagu Mungkin Kamu, Benar Ku Tak Bohong dan Entah Apa Rasa ini kini masih lagi menuntut di salah satu Institusi pengajian tinggi di Cheras dan beliau ternyata seorang pelajar yang cemerlang kerana sentiasa mendapat anugerah dekan 5 semester berturut-turut.
Moga SISSY IMANN terus sukses dalam kariernya kerana beliau merupakan seorang yang sangat komited dalam bidang muzik walaupun sibuk dengan pelajarannya. Jika pernah bertemu beliau secara peribadi, Sissy Imann ni seorang yang merendah diri orangnya.
Kalau ada dengar benda buruk2 pasal dia... Itu mungkin rencana orang2 yang cemburu dengan kejayaannya. Bagi saya, Sissy Imann adalah bakat yang Malaysia harus pandang! Memiliki suara yang unik dan pandai compose lagu . Malaysia ni dah kurang penyanyi wanita dan komposer wanita yang berbakat..
Support Sissy Imann kerana bakat yang ada padanya. Super talented singer, songwriter and composer !!
Untuk sebarang info, pertanyaan, booking untuk show, interview or photoshoot, jika ingin mendapatkan perkhidmatan Sissy Imann, boleh hubungi Mak Tanjung (012 772 0846) yang menguruskan jadual Sissy Imann atau direct terus dgn Sissy Imann sendiri.
SISSY IMANN terima 3 pencalonan awal di ABPBH kali ini iaitu Kategori :
Artis Baharu Wanita Popular
Artis Wanita Popular
Artis Kolaborasi / Duo/ Berkumpulan Popular
Penyanyi ini sebelum ini pernah tercalon di Anugerah Planet Muzik 2015 (APM2015) bagi kategori Artis Baru Wanita Terbaik dengan Elizabeth Tan dan Isyana Sarasvati turut tercalon dlm kategori itu ..
Tahniah diucapkan ! Ini satu pencapaian yang memuaskan walaupun calon2 lain semuanya hebat. Tercalon pun dah rasa bersyukur. Sekurang2 nya orang dalam industri ni sedar kewujudan penyanyi yg sgt berbakat ini ..
Perkembangan terkini penyanyi dan juga komposer ini ialah beliau baru saja siap menghasilkan lagu utk soundtrack sebuah short film.. Dan juga satu lagu baru untuk seorang penyanyi baru.
Untuk pengetahuan Sissy Imann berusia 20 tahun. Merupakan seorang pelajar jurusan Ijazah Pendidikan Muzik . Beliau merupakan seorang pemuzik (sessionist) dan keyboardist yang sering mengiringi persembahan Fynn Jamal .
Beliau juga merupakan salah seorang ahli Koir Kebangsaan Malaysia di mana penyanyi ini pernah memenangi 3 pingat emas di peringkat antarabangsa (BICF2015) Kategori vokal. Sangat berbakat menulis lagu dan lirik.
Boleh search lagu Mungkin Kamu yg merupakan lagu Ciptaannya ketika berusia 16 tahun .
Tahniah diucapkan kepada penyanyi dari Malaysia iaitu Sissy Imann kerana tercalon bagi kategori Artis Baru Terbaik (Wanita)
Dari segi populariti tidak dinafikan Elizabeth Tan lebih popular dan turut tercalon dalam kategori yang sama.
Tapi hari ni saya ingin berkongsi tentang Sissy Imann di mana penyanyi lagu Mungkin Kamu (ost Eksperimen Cinta) ini bukan saja boleh menyanyi, malah beliau seorang penulis lagu dan lirik yang hebat walaupun baru berusia 19 tahun ketika entry ini ditulis.
Sissy Imann baru saja pulang dari Bali utk menyertai BICF2015 dan menang 3 Gold Medal kategori VOKAL berkumpulan. Ini bermaksud vokal beliau diiktiraf di peringkat Antarabangsa. Ramai orang tak tahu hidden talent dia ni..
Selain aktif dgn koir kebangsaan, beliau turut aktif sebagai pemain keyboard dan piano dan baru2 ini beliau lead 10 song di showcase Fynn Jamal . Dia lah yg paling muda yg mengiringi Fynn Jamal di showcase tersebut.
Antara pemuzik lain yg terlibat ialah AG Coco (producer yg tidak asing lagi) serta The Koboi yg terbukti pemuzik yang ada kelas tersendiri di Malaysia.
Kalau nak tahu, lagu Mungkin Kamu tu dia yang tulis sendiri liriknya ketika berusia 16 tahun. Kemudian disusun semula lagu oleh AG Coco. Memantapkan lagi lagu tersebut dan mmg sedap!
Skang Sissy Imann muncul dgn single terbaru iaitu "Entah Apa Rasa" yang telah pun dimainkan di corong radio. Malam tadi lagu itu menjuari carta Track 8 HotFMZon di radio no 1 Malaysia.
Jika berminat untuk mengetahui perkembangan beliau. Boleh follow Twitter dan Instagram @sissyimann
Dekat situ korang boleh tgk bagaimana penyanyi ini dengan kehidupannya dengan keyboard, gitar dan sebagainya.. Dalam masa yg sama sebagai pelajar yg cemerlang di IPG Kampus Ilmu Khas..dalam bidang pendidikan muzik.
Lupa nak beritahu yang Sissy Imann sgt berbakat bermain bermacam2 alat muzik. Penyanyi biasanya tahu main satu atau dua alat muzik. Tp sissy imann boleh main biola, bass, piano, percussion dan banyak lagi. Super talented.
Bayangkan umur dia baru 19 skarang dah berbakat mcm tu... Sissy Imann the promising music maker!!!!
Hari ni aku nak tulis entry pasal Sissy Imann . Setelah lama kekeringan idea nak blog pasal apa.. ari ni jari menjerit lagi ingin meluahkan rasa kagum pada insan seni bernama SISSY IMANN MOHAMMAD KAMIL
Ketika entry ini ditulis (22 Ogos 2015) .. Sissy Imann ni masih 19 tahun lagi ok tak lama lagi 20 la umur dia.. :) Dan dia dah berada dalam industri ni dari tahun 2013 ketika FMC sign dia . Aku ketinggalan sebenarnya sebab aku sepatutnya kenal dia dari awal. Maklumlah.. aku ni jarang dengar radio sangat and tak tahu perkembangan dunia hiburan ni.
Korang pernah dengar lagu MUNGKIN KAMU ? Ost Eksperimen Cinta yang Fahrin Ahmad berlakon dengan Izreen Azminda tu . Aku mula tengok cerita tu masa awal ramadan tahun ni (2015). Dari situ aku kenal Sissy Imann.. sebab lagu tema drama tu adalah nyanyian SISSY IMANN ....
parappapp paraa papppapaparaaaa ... lagu tu laa :) Kau Melihatku dari,, jauh.. mungkin anganku.. atau fantasiku.. (Cehhh nyanyi sikit)
Aku pun twit2 la.. aku tanya.. sapa nyanyi lagu ost Eksperimen Cinta ni? pastu kawan aku pun reply twit aku.. dia cakap SISSY IMANN yang nyanyi... siap mention SISSY IMANN terus masa tu. Ok .. aku pun follow twitter SISSY IMANN (@sissyimann) . Tak kisah la berapa followers dia.. tak la berpuluh-puluh ribu macam artis popular. Aku tak kire aku nak follow jugak..! Sebab aku suka suara dia. Unik dowhhh,....
Aku ni sebenarnya malas nak follow artis.. kecuali artis yang aku betul2 suka. Setakat ni yang aku follow ada dua je .. Sorang lagi biarlah rahsia :D .. so skarang aku betul2 admire dengan SISSY IMANN punya bakat .
(Mohon pembaca terus baca sampai habis entry ni)
Lepas tu tanpa disedari aku request lagu dia dekat HOT FM . Lantak la.. dimainkan ke tidak ke.. aku tetap nak request lagu tu. Sumpah best lagu MUNGKIN KAMU tu. Aku bukak youtube and download. Kalau nak tahu lagu tu dia buat sendiri tau. Bayangkan umur baru berapa dah pandai buat lagu.
Tu baru bakat menyanyi dan buat lagu. Lepas tu aku pun google lagi pasal dia. OK.. baru tahu yang dia ni budak Maktab :) IPGM Kampus Ilmu Khas.Opsyen Pendidikan Muzik.
Aku terus layan youtube .. semua lagu dia .. siap subscribe lagi.. Perghhh memang mantap lagu dia cover semua. Tu baru cover lagu orang. Lebih dahsyat lagi, dia ada buat lagu sendiri yang lain and memang sedap! Sumpah tak tipu. Korang search sendiri la dekat youtube. Mungkin tak la viewers ramai sgt sampai berjuta2.. tapi bagi aku lagu dia memang berkualiti dan sedap.
Aku ada upload beberapa dekat sini video dia. Selebihnya korang tengok sendiri dekat YOUTUBE ok.. kalau boleh semua aku nak share dekat sini sebab best sangat. Suara SISSY IMANN tu sumpah sangat klasik dan unik !!!!
MOHON JANGAN BORING ok.. TERUSKAN BACA.. SEBAB MASA AKU MENAIP NI AKU BETUL2 TERUJA. HOPE KORANG PUN TERUJA NAK BACA SAMPAI HABIS ..
Lepas tu kan.. lepas usha2 youtube. Tentulah cari dekat IG pulak... sama jugak mcm TWITTER .. kalau nak cari dia.. taip jer SISSYIMANN ... jumpa la :)
Lepas tu aku baru dapat tahu SISSY IMANN ni memang terror main piano, gitar dan macam-macam instrumen muzik yang lain. Respect dowh.. sebab aku tak berbakat macam tu. Aku ada gitar... aku ada ukulele. aku tahu main tapi kena tengok tutorial dulu. Tapi Sissy Imann ni sumpah berbakat.. Dia boleh baca not muzik. Of course la.. kalau tak.. tak kan la amik course Pendidikan Muzik ..
Dan aku dapat tahu SISSY IMANN ni la yang main piano untuk FYNN JAMAL masa dkt separuh akhir MUZIK-MUZIK 29 hari tu.. OMG..!! Berbakatnya SISSY IMANN.. Bukan setakat boleh nyanyi. Malah... bermain piano dan gitar! Sumpah aku sangat kagum!! Dah la teror buat lagu.. lagu pun sedap!!
Korang tengok dekat youtube. Dia ada main piano. ada main gitar masa buat cover lagu. Aku impress gila dengan orang berkebolehan macam SISSY IMANN ni.. (jom ikut aku jadi fans dia)
Aku membuka langkah awal. Ingat nak buat FC.. tp macam dah ada.. dkt Instagram @cyntahatisissyimann.... so aku follow je.. hehe :)
dekat twitter pun ada.. korang boleh follow "@cyntahatisissy . Twitter ni baru lagi... baru tahun ni (2015 . Bulan Julai di create oleh aku.. sebagai admin) tapi admin yang di approved oleh saudari SISSY IMANN sendiri setelah kami berkenalan di laman sosial :) Macam mana perkenalan kami tu tak penting. Yang penting skarang aku fans dia.. aku boleh layan semua muzik dia main .. power uolss :))
Tujuannya adalah untuk support Sissy . Aku takde niat lain tau. Ikhlas dari hati .. rasa nak tolong setakat mana yang boleh (Jom korang.. kita tolong dia) Contohnya macam request2 lagu.. vote-vote lagu dia.. Itu aku boleh buat. Disebabkan jarak tak mengizinkan kami untuk bertemu, itu bukan penghalang. InsyaAllah suatu hari nanti kami jumpa la. Buat masa ni hanya berinteraksi di laman sosial ..
Baru sebulan.. ada 135 followers twitter tu.. Instagram aku tak tahu siapa admin dia. Macam dah lama tak update. Hope admin dia cepat2 update IG tu...
Not bad la... :) korang jom follow and support SISSY :)) Korang awesome kalau boleh layan lagu dia and tengok kebolehan dia main piano and gitar disamping vokal dia yang unik dan sedap:)) Serius dowh... tone suara dia lain dari yang lain. (MOHON TGK YOUTUBE )
Aku harap lepas korang baca ni.. korang cari la dia dekat TWITTER, FACEBOOK dan INSTAGRAM . Aku yakin korang tak akan menyesal mengenali dia :) Dan jangan lupa follow skali CYNTA HATI SISSY IMANN di twitter dan instagram. Support ok. Kejayaan dia ditangan orang-orang yang AWESOME mcm korang. Korang yang singgah blog aku dan baca entry ni adalah insan terpilih yang mana hati korang telah tergerak untuk ke sini dan mengenali dia. Aku pasti korang pun rasa dia sangat berbakat!! kan?
Itu semua tak penting. Niat yang penting.
Yang penting bakat SISSY IMANN tu.. sumpah tak ada penyanyi muda dekat Malaysia ni yang macam dia.... kalau ada, cuba la korang sebutkan siapa....Maksud aku, yang boleh main piano, gitar, bass, violin (biola) , boleh compose lagu dan lirik ... Yang boleh ajar orang lain main piano . See.. tak rasa ke benda ni sgt EXTRA ORDINARY ...
Sissy Imann ni dia one of KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA kalau korang nak tahu. Patut la suara sedap. Bebaru ni dia dan team tu mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa di Bali dan dorang menang 3 Emas untuk Malaysia kategori vokal berkumpulan. Hebat kan dia .. Memang vokal dia best!!!! MEWAKILI NEGARA ... omg..!! lagi la aku impress dengan bakat dia ..
Aku kali pertama dengar suara dia aku dah rasa.. unik sangat. Orang kata mcm YUNA . aku TAK RASA macam YUNA langsung. Mungkin mindset orang kot.. asal tgk pompuan main gitar... terus TIRU YUNA.. TAPI SISSY LAIN taww.. dia main gitar.. main piano.. and suara dan style dia ada STYLE SENDIRI .. :) Ubah la mindset awak2 tu kalau rasa dia mcm Yuna. Memang tak sama langsung :) Aku peminat YUNA, so aku tahu la memang tak sama .. :))
AG Coco pun kata Sissy ni dia lain dari Yuna. Masing-masing ada style sendiri . :)
Ippo Hafiz pun support dia ...
Ramai lagi la penyanyi lain yang respect dengan kebolehan dia ni...
Cuma orang ramai je belum didedahkan sangat . Maybe korang kena buat research macam aku ni ha.. ehh.. muahahaa....
Hope lepas korang baca entry ni.. ada inisiatif untuk support bakat macam SISSY IMANN ni.. at least tolong request lagu dia dekat radio. Bagi orang kenal lagi lagu dia. and vote la lagu dia di mana-mana kalau ada :)
dia dah ada 3 single skang.. terbaru ni yang ke3 "Entah Apa Rasa" featuring Eyza Bahra. Best lagu tu ... dah dimainkan di radio .. HOTFM .. hari tu jadi juara Track 8 HOTFMZON .. korang dengar la lagu Entah Apa Rasa tu.. memang awesome!! Tak lama lagi siap video klip dia. Semasa entry ni ditulis.. video klip masih dalam proses lagi :)
Untuk Pengetahuan korang.. single kedua SISSY IMANN tajuknya "Benar Ku Tak Bohong" .. best .. sila2 google atau tgk dkt youtube. Vokal dia sumpah best!! sumpah unik ... :)
ok aku rasa sampai sini dulu aku share pasal SISSY IMANN yang sangat berbakat ni .. Sebab aku jap lagi nak keluar. Ada hal.. nanti aku share lagi ...
Harapan aku.. ramai rakyat MALAYSIA sedar yang dekat MALAYSIA ni ada seseorang yang bernama SISSY IMANN yang betul2 berbakat.... :) Hope one day aku bleh tengok SISSY IMANN ni naik pentas dan terima AWARD sebab bakat dia yang luar biasa. Amiiinn....
Sebab sebelum ni dia pernah tercalon untuk ABPBH , AIM di peringkat awal ....
Come on MALAYSIA.. support artis kita... :) Support SISSY IMANN :))
Dari Novel Islamik Karya Ustazah Fatimah Syarha ianya bakal dipentaskan di Pentas TEATER Ekspo Buku Islam 13, Putrajaya!
TEATER "CINTA HIGH CLASS"
Tarikh : 7 Mac 2015
Tempat : Auditorium Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3.
Masa :
PEMENTASAN PERTAMA : 3.00 PETANG
PEMENTASAN KEDUA : 8.30 MALAM
Jualan TIKET akan kami maklumkan pada hebahan yang berikutnya!
Save The Date!….
Dari Auditorium Cempaka Sari .
Dan Buat pertama kalinya .. Nabila Razali finalis Akademi Fantasia 2013 (Nabila The Lomas) turut terlibat dalam pementasan teater ini. Woahhh bestnya ada dia :)
Moga-moga selepas ini penyanyi dan pelakon yang berbakat ini akan terus sukses dalam bidang yang diceburinya.
Jom support teater ini. Kerana dengar2 memang mendapat sambutan hangat!!